Pelajaran 5. Jalan menuju kejayaan dalam trading 5-7 minit untuk dibaca

Adakah ini langkah yang terakhir sebelum anda bersedia untuk trade? Mungkin ya, mungkin sebaliknya, tetapi yang pasti ia akan menjadikan gaya trading anda lebih teratur dan bersedia untuk berhadapan dengan turun naik pasaran. 

Joma bina strategi anda!

Daftar sekarang

1. Cara membina strategi trading anda sendiri

Anda sering mendengar istilah "strategi" digunakan, tetapi apakah maksudnya?

Strategi adalah sistem navigasi anda dalam dunia trading. Tanpa strategi, anda melilau tanpa arah yang pasti, berharap akan menemui peluang yang baik untuk berurusniaga. Dengan strategi, anda fokus pada sasaran anda. Mahu tahu apa lebih baik lagi? Strategi bersifat peribadi — anda boleh membenturnya agar ia sesuai dengan matlamat, toleransi risiko, dan gaya trading anda.

Strategi adalah sistem GPS anda dalam dunia trading.

Berikut cara-cara untuk membina strategi trading asas dalam beberapa langkah mudah:

Langkah 1: Tentukan matlamat dan instrumen anda

Adakah anda mensasarkan untuk trade secara jangka pendek atau jangka panjang? Trading jangka pendek (scalping, intrahari) menyasarkan untuk meraih keuntungan yang kecil dengan cepat; trading jangka panjang (swing, posisi) memberikan fokus pada pergerakan yang lebih besar dan memerlukan kesabaran.

Fokus pada sesuatu yang boleh dicapai dalam tempoh masa tertentu supaya kemudian anda boleh menjejaki kemajuan anda dan memperhalusi strategi anda.

Kami mencadangkan agar anda memilih EURUSD dan XAUUSD sebagai instrumen utama anda untuk beberapa bulan pertama. Terdapat banyak bahan pendidikan dan nasihat yang tersedia untuk kedua-dua pasangan itu, jadi anda boleh mengembangkan kemahiran anda dengan lebih mudah. Di samping itu, kedua-dua instrumen ini dianggap sebagai pasangan yang utama dalam perdagangan forex, dan pergerakannya sedikit lebih mudah diramal.

Contoh: "Saya mensasarkan keuntungan 2% per minggu trading EURUSD dan USDJPY. Saya tidak begitu sabar, jadi saya akan berdagang dalam jangka pendek." Mempunyai sasaran yang konkrit membantu anda menjaga disiplin dan menepis godaan untuk membuat keputusan secara impulsif.

Menetapkan matlamat-matlamat yang lebih kecil ini memberikan anda sesuatu yang boleh diukur untuk diusahakan, dan itulah kunci untuk menjejaki kemajuan. Ingat: trading ibarat maraton, bukan acara pecut.

Langkah 2: Pilih jenis strategi

Memandangkan anda telah menentukan matlamat dan memilih instrumen anda, sudah tiba masanya untuk menentukan gaya trading anda. Salah satu pendekatan yang popular bagi para pemula ialah strategi mengikuti trend (trend following strategy).

Dalam strategi ini, kita tidak mencari peluang untuk beraksi tanpa henti. Sebaliknya, kita cuba untuk mengenal pasti kewujudan trend yang jelas (naik atau turun) dan mengikutinya. Sebaik sahaja trend muncul dan sudah dikenal pasti, anda membuka urusniaga (posisi) dalam arah yang sama dan membiarkan harga memainkan peranannya.

Ia ibarat menunggang basikal menuruni bukit. Anda boleh berehat dan membiarkan graviti yang mendorong anda ke hadapan. Cuma, jangan lupa untuk tarik tuil brek!

Ada bermacam-macam pendekatan dalam trading. Anda boleh pelajari tentang strategi-strategi lain dengan membuka artikel ini dalam tab berasingan.

Langkah 3: Tambahkan indikator

Sekarang mari kita bincangkan tentang alatan yang boleh membantu anda membuat keputusan dengan bijak — indikator. Ia membantu anda meramalkan pergerakan seterusnya, jadi jangan teragak-agak untuk menggunakan sekurang-kurangnya satu indikator.

  • Indikator trend: Purata bergerak (MA) atau MACD boleh mengesahkan arah trend. Sebagai contoh, apabila harga berada di atas MA (lihat tangkapan skrin di bawah), kami menganggap ini adalah uptrend (trend menaik) justeru anda mungkin mahu mencari peluang untuk membuka urusniaga beli.

5_1.png

  • Indikator penyongsangan trend: RSI atau Bollinger Bands boleh memberi signal jika harga berkemungkinan akan berpatah balik. Sebagai contoh, jika harga meningkat dan RSI berada di atas 70, harga mungkin akan mula jatuh tidak lama lagi. Harap maklum bahawa indikator teknikal adalah sekadar alat bantuan dan ia tidak dapat meramalkan pergerakan harga dengan ketepatan 100%.

5_2.png

Indikator ini membantu anda memilih masa yang lebih baik untuk membuka posisi supaya anda tidak hanya membeli atau menjual secara membuta tuli.

Contoh setup: Tambah purata bergerak 20 tempoh dan RSI (14) ke dalam carta EURUSD, dan buka posisi apabila harga melintasi MA-20 dan RSI berada berhampiran dengan 50.

Langkah 4: Tentukan titik masuk dan keluar

Mengapa anda perlu melakukan ini? Kerana jika anda membuka posisi secara rawak, hasil trading anda juga akan rawak. Oleh itu, anda akan berjudi, bukan trading. Dan kita boleh katakan dengan pasti, tiada keuntungan jangka panjang boleh diperolehi dalam perjudian. Trader cuba untuk mengawal keadaan, dan cara yang terbaik untuk melakukannya adalah dengan menentukan titik masuk dan keluar untuk setiap urusniaga.

Titik masuk: Gunakan kriteria yang jelas, seperti "buka posisi long (beli) jika harga berjaya tembus ke sebelah MA-20 dengan RSI di bawah 50." Kami cadangkan agar anda mempunyai sekurang-kurangnya 2 indikator pada carta. Dalam hal ini, MA memberitahu anda arah trend dan RSI membantu anda memahami sama ada harga akan menyongsang tidak lama lagi.

Titik keluar: Sasarkan nisbah risiko/ganjaran 1:2: jika risiko anda 100 poin, sasarkan keuntungan 200 poin. Ini adalah "golden rule" dalam trading, jika anda baru bermula kami cadangkan agar anda menerapkannya. Walau bagaimanapun, kelak apabila anda sudah mahir dan mempunyai lebih banyak pengetahuan, anda boleh menggunakan nisbah ganjaran risiko yang lain.

Contoh: Beli EURUSD apabila harga melintasi MA-20, dan nilai RSI sekitar 50. Letakkan renti rugi (stop loss) 100 poin di bawah dan ambilan untung (take profit) 200 poin di atas.

Langkah 5: Uji dan buat pelarasan

Kami ada dua tip, berserta dengan sedikit penjelasan:

  1. Trading demo: Gunakan akaun demo untuk menguji strategi anda dan menjejaki prestasi trading anda.

  2. Semak dan laraskan: Jika "timing" anda lari, pertimbangkan untuk melaras tetapan indikator anda. Contohnya, tukar nilai ambang (threshold) RSI anda daripada 50 kepada 40 untuk mendapatkan signal masuk lebih awal. Anda perlu melakukan ini selepas satu siri beberapa urusniaga. Mulakan dengan menganalisis keputusan anda setiap 5-10 urusniaga untuk melihat apa yang perlu diubah.

Selepas mengikuti semua langkah di atas, inilah yang anda dapat:

Instrumen: EURUSD

Matlamat: Keuntungan 200 poin dengan satu urusniaga jangka pendek.

Setup: MA-20 mengesahkan trend; RSI menunjukkan harga mungkin akan terus meningkat.

Titik masuk: Beli apabila harga menyilang ke sebelah atas MA-20 dengan RSI sekitar 50.

Titik keluar: Letakkan renti rugi 100 poin di bawah titik masuk dan ambilan untung 200 poin di atas.

Katakan EURUSD akan naik. Anda menunggu harga naik melintasi MA, semak nilai RSI, dan buka urusniaga. Tetapkan renti rugi 100 poin di bawah harga masuk, dan ambilan untung anda 200 poin dari titik masuk.

5_3.png

Kemudian, anda tunggu sehingga urusniaga anda memicu renti rugi atau ambilan untung.

5_4.png

Sebaik setelah anda telah selesai membina strategi, jangan terburu-buru untuk trade dengan merisikokan semua wang anda. Trade dengan saiz urusniaga yang minimum (atau trade menggunakan akaun demo) untuk menguji semua aspek berkaitan. Buka urusniaga berdasarkan strategi anda dan jejaki prestasi strategi anda. Adakah jarak renti rugi anda terlalu dekat? Adakah anda mengambil keuntungan terlalu awal?

Buka akaun demo

Melaras dan menala strategi anda adalah lumrah dalam proses ini. Kami telah menguji beratus-ratus strategi dan pendekatan sebelum ini, dan kami tahu betapa pentingnya (dan menarik) untuk mencari strategi yang sesuai dengan anda.

Dan ingat, tiada strategi yang tidak boleh dilaras suai. Pasaran berubah, begitu juga dengan pendekatan anda. Gunakan budi bicara anda!

2. Cara mendapatkan idea trading di peranti anda

Membina strategi mungkin mengambil banyak masa, dan walaupun ia berjalan dengan baik, urusniaga pertama anda mungkin membawa kepada ketidakpastian. Anda mungkin bertanya kepada diri sendiri, "Bagaimana saya boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pasaran supaya saya boleh trade dengan lebih baik?"

Pertama, anda boleh (dan harus) mengaktifkan notifikasi dalam aplikasi FBS. Pasukan kami bekerja keras setiap hari untuk memberikan anda notifikasi push khas dengan maklumat terkini mengenai pergerakan harga dan berita penting. Ia lebih mudah daripada mencari berita dan maklumat tentang acara ekonomi serta menelaah seratus carta setiap hari. Jimatkan masa anda.

5_5_MS.png

Kedua, kami ingin memperkenalkan Pembantu AI FBS — alat berkuasa tinggi yang direka untuk menjadikan pengalaman trading anda lebih lancar dan lebih bermaklumat.

Fitur ini mengautomasikan analisis teknikal, menyediakan laporan yang komprehensif tentang trend dan pola harga dalam masa beberapa saat sahaja.

Cara menggunakan Pembantu AI FBS:

  1. Buka aplikasi FBS.

  2. Pilih instrumen dan rangka masa anda. Untuk hasil yang optimum, kami syorkan agar anda menggunakan rangka masa (timeframe) 15 minit atau lebih besar.

  3. Tambah sekurang-kurangnya dua indikator. Ia membantu menjana laporan yang lebih baik.

    5_6.png
  4. Klik icon.

  5. Buka pesanan. Selepas menyemak analisis yang diterima, anda boleh buka pesanan berdasarkan strategi janaan AI tadi. Sila ambil perhatian bahawa AI ini hanyalah alat bantuan dan ia tidak dapat meramalkan harga dengan ketepatan 100%.

3. Bagaimana dan bila untuk mengeluarkan keuntungan anda

Ah, mengeluarkan keuntungan, saat yang manis sekali — tiada momen yang dapat menandingi pengalaman melihat keuntungan anda berubah menjadi wang sebenar. Tetapi jom kita bincangkan tentang bila anda harus membuat pengeluaran. Amaran spoiler: bukan setiap kali anda hasilkan satu dolar.

Berikut adalah beberapa tanda bahawa ia adalah masa yang tepat untuk membuat pengeluaran:

  1. Anda telah mencapai matlamat kewangan
    Jika matlamat anda adalah untuk mengubah $500 menjadi $1000 dan anda telah berjaya, tahniah! Ini mungkin masa yang sesuai untuk mencairkan sebahagian daripada wang yang diperolehi dengan susah payah itu. Menetapkan matlamat kewangan yang spesifik memudahkan anda mengetahui bila untuk menekan butang Pengeluaran.

  2. Anda ingin melaburkan semula keuntungan ke dalam peluang baharu
    Kadang-kadang mengeluarkan keuntungan anda bukan tentang membawa wang anda keluar daripada pasaran — ia tentang meletakkannya ke dalam sesuatu yang baharu. Katakan anda telah trade pasangan forex selama sekian waktu dan kini anda ingin mencuba membeli dan menyimpan emas fizikal di rumah anda. Mengambil sedikit keuntungan dan menyalurkannya ke dalam aset lain untuk mempelbagaikan portfolion anda mungkin satu langkah yang bijak.

  3. Akaun trading anda telah berkembang dan menjadi terlalu besar
    Bunyinya seperti satu masalah yang baik, bukan? Kadangkala, adalah lebih bijak untuk mengeluarkan keuntungan untuk memastikan modal kerja dalam akaun trading anda tetap sama. Sebagai contoh, jika anda bermula dengan $1000 dan akaun anda kini $10,000, anda mungkin mahu mengeluarkan sejumlah keuntungan supaya anda boleh terus trade dengan modal permulaan $1000 dan anda tidak tergoda untuk membuka urusniaga yang terlalu besar.

  4. Anda perlukan wang.
    Yang ini jelas. Jika anda memerlukan keuntungan untuk sesuatu yang penting dalam kehidupan peribadi anda, jangan teragak-agak untuk mengeluarkannya. Intipati utama trading adalah untuk memperelok situasi kewangan anda, bukan untuk mengurung semua wang anda selama-lamanya.

Ingat, tiada jawapan yang sesuai untuk semua keadaan di sini. Sesetengah trader mengeluarkan keuntungan setiap bulan seolah-olah ia seperti gaji, sementara yang lain membiarkannya terus berkembang untuk tempoh yang lebih lama. Kami syorkan agar anda mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan bulanan anda, walaupun hanya $10. Mengecapi keuntungan yang anda raih adalah sangat penting untuk memastikan emosi anda terus termotivasi.

Dan begitulah — anda telah melengkapkan pelajaran terakhir anda! Seharusnya sekarang anda berasa lebih yakin dalam menguruskan risiko, membina strategi, dan berurusniaga. Trading ibarat maraton, bukan acara pecut, jadi teruskan belajar, bersabar, dan lihat kemahiran — dan akaun anda — berkembang dari masa ke masa.

Trading ibarat marathon, ia bukan acara pecut.

Kerja rumah

Sudah tiba masanya untuk trading sebenar anda yang pertama! Inilah misi anda:

  1. Depositkan satu amaun yang anda rasa selesa — satu amaun yang tidak akan membuat anda mengigau pada waktu malam jika trading tidak berjalan seperti yang anda rancang.

  2. Buka urusniaga sebenar dan terapkan semua yang telah anda pelajari — set renti rugi dan ambilan untung seperti seorang profesional.

  3. Semak semula prestasi urusniaga anda pada hari berikutnya dan lihat hasilnya. Adakah renti rugi anda telah menyelamatkan anda daripada kerugian yang lebih besar, atau adakah ambilan untung anda telah menafikan anda daripada mengecapi keuntungan yang besar?

  4. Akhir sekali, setelah anda menuai sekian jumlah keuntungan, cuba buat pengeluaran dan lihat betapa mudahnya untuk mengakses wang anda. Ini semua adalah sebahagian daripada pengalaman trading!

Trade sekarang

Kongsi maklum balas anda mengenai kursus ini dengan meninggalkan ulasan. Ini membantu kami menambah baik kursus kami dan membantu pelajar lain!

Kongsi kepada rakan-rakan: