• 23 Sept 2024
  • Kisah trader

10 Orang Terkaya Di Dunia

MDP-5128_1200x675_MS.png

Pada hari kini, lelaki terkaya di dunia mempunyai kuasa ekonomi yang belum pernah dilihat sebelum ini, bersama dengan pengaruh politik dan sosial yang bukan kepalang. Lebih daripada sekadar angka, kekayaan mereka mencerminkan perjalanan menarik yang telah mereka tempuh dalam kehidupan ini – perjalanan yang dihiasi dengan inovasi dan pemikiran strategik, dan yang telah memberi kesan kepada industri mereka, serta masyarakat secara umumnya. Artikel ini membentangkan satu analisis mengenai latar belakang, usaha perniagaan, prestasi kewangan, dan falsafah mereka, yang memberikan kita gambaran tentang bagaimana individu-individu ini mengubah dunia.

Kedudukan

Nama

Umur

Kediaman

Syarikat

Nilai Bersih

Aset Utama

1

Elon Musk

52

Amerika Syarikat

Tesla, SpaceX

$252 bilion

Tesla: $95.4B, SpaceX: $82.2B, X: $13.3B

2

Jeff Bezos

60

Amerika Syarikat

Amazon

$162 bilion

Amazon: $134B, Blue Origin: $8.5B

3

Bernard Arnault

75

Perancis

LVMH

$157 bilion

LVMH: $147B

4

Mark Zuckerberg

40

Amerika Syarikat

Meta Platforms

$124 bilion

Meta: $116B

5

Bill Gates

68

Amerika Syarikat

Microsoft

$111 bilion

Microsoft: $8.5B, Cascade Investment: $80B

6

Steve Ballmer

67

Amerika Syarikat

Bekas CEO Microsoft

$83 bilion

Microsoft: $34B, LA Clippers

7

Warren Buffett

93

Amerika Syarikat

Berkshire Hathaway

$109 bilion

Berkshire Hathaway: $95B

8

Larry Ellison

80

Amerika Syarikat

Oracle Corporation

$107 bilion

Oracle: $70B, saham Tesla

9

Larry Page

51

Amerika Syarikat

Google (Alphabet)

$96 bilion

Alphabet: $92B

10

Sergey Brin

50

Amerika Syarikat

Google (Alphabet)

$92 bilion

Alphabet: $90B

Elon Musk: inovator yang telah merevolusikan pelbagai industri

  • Umur: 52

  • Tempat tinggal: Amerika Syarikat

  • Pengasas dan CEO: Tesla

  • Nilai bersih: $252 bilion

  • Pegangan pemilikan Tesla: 13% ($95.4 bilion)

  • SpaceX: $82.2 bilion

  • Aset-aset lain: The Boring Company ($3.33 bilion), Neuralink ($2.07 bilion), X ($13.3 bilion)

MDP-5128_1200x675_1_MS.png

Kehidupan awal dan latar belakang

Elon Musk dilahirkan pada 28 Jun 1971, di Afrika Selatan, dan menunjukkan minat yang kuat dalam teknologi dan komputer dari zaman kanak-kanak, dan mempunyai sangat tertarik dengan angkasa dan fiksyen sains. Beliau mencipta karya teknologi pertamanya ketika beliau baru berusia 12 tahun - permainan video yang dipanggil Blastar, bunga-bunga pertama tentang usaha yang akan beliau ceburi apabila beliau dewasa.

Musk meninggalkan Afrika Selatan dan berhijrah ke Amerika Syarikat untuk belajar fizik dan ekonomi di University of Pennsylvania. Waktu beliau di UPenn adalah waktu yang sangat formatif dan berpengaruh membentuk wawasan beliau untuk masa depan teknologi dan inovasi. Selepas beliau meninggalkan pengajian Ph.D. beliau di Universiti Stanford, Musk memutuskan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, membuka jalan ke arah kejayaan beliau.

Mengasaskan dan menerajui Tesla

Musk memulakan kerjayanya di Tesla Motors pada tahun 2004 dan dengan cepat menjadi daya penggerak utama di sebalik strategi dan pembangunannya. Cita-cita beliau untuk mengubah industri automotif dengan kenderaan elektrik (EV) diragui ramai. Walau bagaimanapun, peningkatan pesat kemajuan teknologi sistem bateri dan autopilot Tesla mengubah nasib pasaran kereta 180 darjah, dan model paling popular keluaran syarikat itu telah menjadi ikon kemajuan teknologi.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Saham Tesla telah mengalami beberapa naik turun yang serius dalam sejarahnya, mencerminkan pendekatan pemasaran media Musk dan cabaran skala membesarkan skala pengeluaran. Permodalan Tesla mengatasi angka $1 trilion pada tahun 2021, yang menjadikannya sebagai salah satu syarikat automotif yang paling popular dan bernilai di dunia. Walaupun dengan persaingan yang semakin sengit dari kereta-kereta keluaran China, dominasi Tesla dalam industri kenderaan elektrik terus berkembang, didorong oleh penciptaan solusi pengangkutan revolusionari yang berterusan.

29_V.png
16 Jan 202409:00

Peranan Pedagang dan Pelabur dalam Dunia Kewangan

Asas

Trader dan pelabur adalah dua kuasa utama dalam kewangan. Tetapi adakah kedua-duanya sama? Ramai orang membuat kesilapan dengan menggunakan kedua-dua istilah tersebut seolah-olah ia sama, tetapi jika anda mahu menyusuri liku-liku pasaran kewangan, anda perlu memahami perbezaan asas antara kedua-dua istilah tersebut.

MDP-5128_1200x675_2_MS.png
Graf nilai bersih Elon Musk

Inovasi dan kemajuan teknologi

Tesla bukan sahaja memberi kesan kepada kenderaan. Produk-produk terbaru solusi penyimpanan tenaga, termasuk Powerwall dan Powerpack, memainkan peranan penting dalam mempromosikan tenaga boleh diperbaharui. Sistem Autopilot AI dan Full Self-Driving (FSD) Tesla antara titik penting dalam sejarah pembangunan sistem pengangkutan autonomi, sektor yang mahu menjadikan jalanraya lebih selamat dan lebih berteknologi.

SpaceX: menjangkau ke angkasa lepas

SpaceX, yang ditubuhkan pada tahun 2002, adalah hasil daripada cita-cita Musk yang tinggi melangit. Misi SpaceX adalah untuk menjadikan perjalanan ke angkasa lepas lebih murah dan menunaikan impian manusia untuk tinggal di planet lain. Pembinaan roket Falcon 1, Falcon 9, dan Falcon Heavy, bersama-sama dengan kapal angkasa Dragon, telah menempa sejarah dalam industri angkasa.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Pembangunan roket Falcon 9 yang boleh diguna semula dan kapal angkasa Starship untuk misi ke Marikh menyerlahkan betapa penerokaan teknologi baharu oleh syarikat SpaceX adalah suatu usaha yang sangat mencabar. Walaupun SpaceX masih lagi kekal sebuah syarikat milikan persendirian, kejayaan teknologinya terus menjana pelaburan dan minat yang serius daripada agensi-agensi angkasa lepas di seluruh dunia.

The Boring Company dan Neuralink

Antara usaha-usaha Musk yang lain termasuklah The Boring Company, yang mahu mengurangkan masalah trafik kota-kota besar dengan menggunakan terowong pengangkutan bawah tanah.

Neuralink pula syarikat yang memberikan fokus pada pembangunan sistem yang menghubungkan otak manusia dan komputer untuk meningkatkan keupayaan manusia dan merawat penyakit neurologi dan fizikal.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Projek terowong The Boring Company, termasuk Las Vegas Convention Center Loop, dan kemajuan Neuralink dalam teknologi otak, masih dalam pembangunan. Pada masa artikel ini ditulis, projek terowong belum lagi berjaya menyelesaikan sebarang masalah pengangkutan dengan jayanya. Walau bagaimanapun, ia mempunyai potensi yang besar pada masa akan datang. Sektor penjagaan kesihatan sangat menyokong projek Neuralink, dan sampel dan eksperimen pertamanya telah menunjukkan hasil yang signifikan.

Falsafah peribadi dan filantropi

Musk bercita-cita untuk menyelesaikan masalah dunia dan mengaburkan sempadan teknologi. Usaha filantropi beliau termasuk sokongan untuk penyelidikan dan pembangunan teknologi tenaga boleh diperbaharui, penyelidikan saintifik, dan pendidikan. Musk juga terkenal dengan telatahnya yang gemar menyentuh isu-isu politik dan sosial.

Prospek masa depan

Usaha-usaha Elon Musk yang seterusnya akan terus mempengaruhi pelbagai sektor. Inovasi berterusan Tesla dalam EV dan penyelesaian tenaga, kemajuan SpaceX dalam penerokaan angkasa lepas, dan kemajuan The Boring Company dan Neuralink akan memacu kemajuan teknologi dan membentuk pasaran global.

Jeff Bezos: perintis e-dagang dan peneroka angkasa lepas

  • Umur: 60

  • Tempat tinggal: Amerika Syarikat

  • Pengasas dan Pengerusi Eksekutif: Amazon

  • Nilai bersih: $162 bilion

  • Pegangan pemilikan Amazon: 10% ($134 bilion)

  • Blue Origin: $8.5 bilion

  • Aset-aset lain: The Washington Post, pelaburan hartanah

MDP-5128_1200x675_3_MS.png

Kehidupan awal dan latar belakang

Sejak usia yang muda, Jeff Bezos menunjukkan minat yang tinggi terhadap teknologi dan inovasi. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Princeton dengan ijazah kejuruteraan elektrik, Bezos bekerja di Wall Street, di mana beliau menimba pengalaman dalam teknologi, kewangan, dan perniagaan secara umum.

Kemudian, pada tahun 1994, Bezos berpindah ke Seattle. Ia menjadi titik permulaan era Amazon. Startup besar pertama beliau, kedai buku dalam talian, dengan berkembang dengan pesat menjadi empayar e-dagang global. Inisiatif Bezos di Amazon dicirikan oleh fokus yang terperinci pada aspek pengalaman pelanggan, efisiensi operasi, dan inovasi teknologi.

Mengasaskan dan menerajui Amazon

Amazon mempelbagaikan kategori produknya, termasuk elektronik, pakaian, barangan runcit, farmaseutikal, dan banyak lagi dengan cepat. Penekanan Bezos pada aspek pengalaman pelanggan, inovasi, dan efisiensi logistik menjadikan Amazon sebagai peruncit dalam talian terbesar.

Pelancaran Amazon Prime, dengan penghantaran percuma dan kandungan eksklusif, memenuhi kehendak pelanggan dan menetapkan standard baru dalam sektor peruncitan.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Saham Amazon, yang kini didagangkan pada harga $177 seunit, mencerminkan betapa signifikannya syarikat itu di pasaran. Di bawah kepimpinan Bezos, Amazon telah secara konsisten menunjukkan kestabilan dan pertumbuhan kewangan yang kukuh, meletakkannya di antara saham yang paling berharga di dunia untuk masa yang lama. Pendapatan dan permodalan pasaran syarikat itu telah melonjak, didorong oleh operasi runcit web dan Amazon Web Services – sumber pendapatan yang signifikan pada masa ini, menawarkan solusi pengkomputeran awan berskala kepada perniagaan di seluruh dunia.

Trade sekarang

MDP-5128_1200x675_4_MS.png

Inovasi dan kemajuan teknologi

Fitur-fitur Amazon termasuk pengkomputeran awan, pembangunan AI, logistik, dan banyak lagi. Pembantu AI Amazon yang bernama Alexa dan rangkaian logistik Amazon telah menjadi standard baru dalam pembangunan teknologi dan pengalaman pelanggan.

36_V.png
20 July 202309:30

Bagaimana Cara Berdagang Dengan ChatGPT. Petua Dan Panduan Perdagangan AI

Strategi

Dunia trading telah melalui satu transformasi yang signifikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan teknologi baru, trader kini boleh menganalisis trend pasaran dan membuat keputusan yang bermaklumat dengan lebih mudah dan pantas. Salah satu teknologi utama yang telah merevolusikan dunia trading adalah kecerdasan buatan (AI).

Blue Origin: penerokaan angkasa lepas

Blue Origin telah ditubuhkan pada September 2000 untuk mengurangkan kos perjalanan angkasa dan menjadikannya lebih mudah diakses oleh manusia. Pencapaian syarikat ini dalam arena ini pada masa ini termasuk membangunkan kapal suborbital The New Shepard, yang direka untuk membolehkan pelancongan angkasa lepas ditawarkan.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Blue Origin masih belum lagi mencatatkan keuntungan. Begitulah juga, SpaceX juga baru sahaja mula pulih dari kerugian yang berlaku lama dahulu, dan tanpa Starlink, pemulihan ini tidak mungkin tercapai sama sekali. Syarikat ini mempunyai prospek yang luar biasa untuk menjadi pesaing utama dalam industri penerbangan angkasa komersial.

The Washington Post dan pelaburan hartanah

Pengambilalihan Washington Post oleh Jeff Bezos pada tahun 2013 mencerminkan minatnya dalam media dan kewartawanan, dan menyerlahkan cita-cita pengaruh sosialnya.

Pelaburannya dalam sektor hartanah, termasuklah hartanah di Washington D.C. dan New York City, juga menggambarkan minat beliau yang pelbagai dan kecenderungan beliau memilih pelaburan yang selamat.

Filantropi dan prospek masa depan

Usaha filantropi Bezos termasuklah sumbangan-sumbangan penting untuk inisiatif menangani perubahan iklim, pendidikan, dan bidang lain. Prospek beliau, termasuk pelaburan berterusan dalam teknologi dan program angkasa lepas, akan mempengaruhi pelbagai industri dan kemajuan manusia secara umum.

Bernard Arnault: arkitek barangan mewah dan pengaruh budaya

  • Umur: 75

  • Tempat tinggal: Perancis

  • Pengerusi dan CEO: LVMH

  • Nilai bersih: $157 bilion

  • Pegangan pemilikan LVMH: 47% ($147 bilion)

  • Aset-aset lain: Hartanah, koleksi karya seni

MDP-5128_1200x675_5_MS.png

Kehidupan awal dan latar belakang

Bernard Arnault dilahirkan di Roubaix, Perancis pada 5 Mac 1949. Kerjaya awal Arnault termasuk pengalaman dalam bidang hartanah dan pembinaan, di mana di situlah beliau mengasah naluri perniagaannya.

Penglibatan Arnault dalam dunia budaya dan barangan mewah bermula pada tahun 1985, bilamana beliau bekerja di Christian Dior. Wawasan beliau untuk berkembang dengan menyatukan jenama mewah membawa kepada penubuhan konglomerat LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton SE, pemain global dalam dunia barangan mewah.

Membina LVMH

Di bawah kepimpinan Arnault, LVMH berubah menjadi syarikat pengeluar barangan mewah terbesar di dunia. Pengambilalihan jenama seperti Louis Vuitton, Moët & Chandon, dan Hennessy memperluaskan portfolio LVMH dan mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran mewah. Fokus Arnault pada reputasi jenama, kualiti, dan eksklusif adalah faktor utama di sebalik kejayaan LVMH.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Prestasi kewangan LVMH mencerminkan dominasinya dalam sektor mewah. Walaupun berhadapan dengan cabaran ekonomi, portfolio LVMH terus menunjukkan prestasi yang baik, didorong oleh permintaan pengguna untuk produk berkualiti tinggi.

Saham LVMH baru-baru ini jatuh kepada $675. Kemerosotan ini boleh dikaitkan sebahagiannya dengan cabaran yang timbul akibat pemulihan ekonomi China yang lembap, yang telah memberi kesan kepada pelbagai jenama mewah. Namun, biarpun dengan cabaran-cabaran ini, industri sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Pusat membeli-belah China dan pemain-pemain industri yang lain menjangkakan pertumbuhan dalam sektor barangan mewah di China. Jualan organik dijangka meningkat 0-5% tahun ini. Juga, kebangkitan semula perbelanjaan untuk barangan mewah di luar China mendahului isyarat pemulihan permintaan global.

MDP-5128_1200x675_6_MS.png
Jenama di bawah naungan LVMH yang dimiliki oleh Bernard Arnault

Inovasi dan impak budaya

Pengaruh Arnault terpencar jauh melampaui perniagaan barangan mewah. Pelaburan beliau dalam seni dan budaya, termasuk Fondation Louis Vuitton, mencerminkan kecenderungan beliau untuk mempromosikan seni dan memperkayakan budaya. Sokongan LVMH untuk ketukangan, inovasi, dan kecemerlangan jenama telah menetapkan standard baru dalam industri.

Filantropi dan prospek masa depan

Usaha amal Arnault termasuk sokongan beliau untuk inisiatif seni dan budaya, pendidikan, dan bantuan bencana. Fikiran strategik Arnault akan terus mempengaruhi perkembangan industri dan mempengaruhi trend global tatkala LVMH menavigasi pasaran mewah yang terus berkembang.

Mark Zuckerberg: arkitek media sosial dan interaksi digital

  • Umur: 40

  • Tempat tinggal: Amerika Syarikat

  • Pengasas bersama dan CEO: Meta Platforms (dahulunya Facebook)

  • Nilai bersih: $124 bilion

  • Pegangan pemilikan Meta: 13% ($116 bilion)

  • Aset-aset lain: Pelaburan dalam startup teknologi

MDP-5128_1200x675_7_MS.png

Kehidupan awal dan latar belakang

Mark Zuckerberg dilahirkan di White Plains, New York, pada 14 Mei 1984. Mark adalah pelajar di Universiti Harvard, di mana, pada tahun 2004, dia mengembangkan algoritma untuk Facebook bersama rakan-rakannya. Facebook pada asalnya adalah platform rangkaian sosial untuk pelajar-pelajar kolej, tetapi dengan cepat berkembang menjadi fenomena global.

Idea Zuckerberg untuk rangkaian sosial adalah untuk mewujudkan ruang sosial dalam talian yang menghubungkan individu dari pelbagai bahagian dunia. Fokus beliau pada penglibatan pengguna, analisis data, dan inovasi teknologi mendorong pertumbuhan Facebook dan menjadikannya sebagai perintis dan lokomotif di media sosial.

Menerajui Meta (dahulunya Facebook)

Pada tahun 2022, Facebook berkembang menjadi Meta, permulaan peralihan ke arah metaverse - ruang realiti maya di mana orang dapat berkomunikasi dalam dunia maya janaan komputer dan pengguna lain. Pelaburan Meta dalam teknologi VR menandakan peralihan fokusnya ke masa depan interaksi digital.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Hasil kewangan Facebook telah mencerminkan pertumbuhan pendapatan yang tinggi yang didorong oleh pengiklanan internet. Walaupun terdapat cabaran pengawalseliaan dan keraguan orang awam, syarikat itu masih lagi memiliki pengaruh dan nilai pasaran yang tinggi. Roadmap strategik Meta untuk metaverse dan pengalaman digital adalah titik perubahan yang penting untuk pertumbuhan dan inovasi jangka panjang.

Keputusan Meta baru-baru ini mencerminkan idea-idea Zuckerberg dan fokus syarikat pada inovasi yang sentiasa berkembang. Walaupun berhadapan dengan cabaran, saham Meta telah melonjak ke paras $526, pemulihan yang luar biasa dari paras terendah sebelumnya. Kenaikan harga saham ini disebabkan oleh prestasi kewangan Meta yang mantap, termasuk peningkatan 133% dalam aliran tunai pada tahun 2023.

Trade sekarang

Inovasi dan kemajuan teknologi

Inovasi Meta termasuk kemajuan dalam rangkaian sosial, realiti maya, dan realiti bertambah. Pembangunan ciri rangkaian sosial baharu syarikat itu, bersama-sama dengan pelaburannya dalam teknologi VR dan AR, mencerminkan komitmennya untuk meningkatkan interaksi digital dan mewujudkan pengalaman yang imersif.

Filantropi dan prospek masa depan

Usaha filantropi Zuckerberg, yang disediakan oleh Inisiatif Chan Zuckerberg, menumpukan fokus pada pendidikan, penjagaan kesihatan, dan penyelidikan saintifik. Kepimpinan berterusan beliau dalam menyelesaikan masalah global akan terus membentuk masa depan teknologi digital dan media sosial.

Bill Gates: perintis teknologi dan dermawan global

  • Umur: 68

  • Tempat tinggal: Amerika Syarikat

  • Pengasas bersama: Microsoft

  • Nilai bersih: $111 bilion

  • Pegangan pemilikan Microsoft: 0.8% ($8.5 bilion)

  • Aset-aset lain: Cascade Investment ($80 bilion), yayasan amal

MDP-5128_1200x675_8_MS.png

Kehidupan awal dan latar belakang

Bill Gates dilahirkan pada 28 Oktober 1955 di Seattle. Dari usia yang muda, Bill menunjukkan minat yang kuat dalam pengkomputeran dan perisian. Pada tahun 1975, beliau mengasaskan Microsoft bersama Paul Allen. Visi dan pengalaman teknikal Gates sangat fundamental dalam kebangkitan Microsoft ke puncak industri perisian.

Keputusan Gates untuk meninggalkan Universiti Harvard untuk memberi tumpuan kepada Microsoft adalah momen yang penting dalam kehidupan dan kerjayanya. Kepimpinan dan inovasi beliau telah membantu menjadikan Microsoft peneraju global dalam dunia perisian dan pengkomputeran.

Mengubah Microsoft

Microsoft yang ditubuhkan oleh Gates mula mendapat perhatian dunia dengan pelancaran sistem pengoperasian lagenda iaitu Windows, yang menjadi penanda aras untuk pengkomputeran peribadi dan kini digunakan secara meluas di seluruh dunia. Fokus beliau pada inovasi dan pembangunan teknologi membantu Microsoft menguasai pasaran perisian dan berkembang ke sektor teknologi baru.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Prestasi kewangan Microsoft menyerlahkan wawasan strategik Gates mengenai pembangunan teknologi komputer. Saham Microsoft kelihatan sangat mantap: ia telah melonjak ke paras tertinggi baru $420, dengan penganalisis meramalkan pertumbuhan berterusan untuk mencapai paras $500 pada tahun depan. Walaupun dengan pelaburan yang besar dalam penyelidikan kecerdasan buatan, Microsoft telah meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kosnya. Selain itu, sektor perkomputeran awan syarikat itu telah berkembang dengan ketara, merebut peratusan penguasaan pasaran yang besar dalam industri infrastruktur awan.

Trade sekarang
MDP-5128_1200x675_9_MS.png
Nilai bersih Bill Gates

Filantropi dan impak global

Bill Gates adalah perintis dalam kalangan jutawan inisiatif filantropi. Melalui Yayasan Bill & Melinda Gates, kegiatan filantropi beliau memfokuskan pada kesihatan global, pendidikan, dan pembasmian kemiskinan. Keghairahannya untuk menangani isu-isu global yang serius telah memberi kesan yang serius kepada berjuta-juta nyawa dan terus mempengaruhi usaha filantropi di seluruh dunia.

Prospek masa depan

Usaha masa depan Gates termasuk filantropi dan pelaburan yang berterusan dalam teknologi dan inovasi. Pengaruhnya dalam isu kesihatan dan teknologi global berkemungkinan besar akan mendorong trend masa depan dan membantu menangani isu-isu global yang mendesak.

Steve Ballmer: pemimpin yang berwawasan dan peminat sukan

  • Umur: 67

  • Tempat tinggal: Amerika Syarikat

  • Bekas CEO: Microsoft

  • Nilai bersih: $83 bilion

  • Pegangan pemilikan Microsoft: 4.5% ($34 bilion)

  • Aset-aset lain: Los Angeles Clippers, pelbagai pelaburan

MDP-5128_1200x675_10_MS.png

Kehidupan awal dan latar belakang

Steve Ballmer dilahirkan pada 24 Mac 1956, di Detroit. Sebelum menyertai Microsoft pada tahun 1980, Steve belajar dalam bidang ekonomi di Universiti Harvard. Karier Ballmer sebagai CEO di Microsoft telah menyaksikan pelbagai rintangan besar dan juga kejayaan.

Ball menjadi CEO Microsoft dari tahun 2000 hingga 2014 dan dalam tempoh itu beliau telah memberikan tumpuan pada perisian perniagaan, pengkomputeran awan, dan cuba bersaing dalam pasaran perisian peranti mudah alih yang sedang berkembang. Biarpun dengan semua turun naik yang berlaku, kepimpinannya memainkan peranan yang penting dalam evolusi Microsoft dalam satu era di mana teknologi berubah dengan pesat.

Kepimpinan di Microsoft

Kepimpinan Ballmer menyaksikan peningkatan penggunaan produk Microsoft di seluruh dunia. Penekanannya pada penyelesaian perniagaan seperti Microsoft Office, bersama dengan usaha untuk mengintegrasikan produk dan perkhidmatan Microsoft, telah membentuk strategi dan pertumbuhan syarikat.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Walaupun kepimpinan Ballmer menunjukkan hasil yang bercampur-campur, Ballmer berjaya meningkatkan pendapatan tiga kali ganda dan keuntungan syarikat meningkat dua kali ganda sepanjang tempoh khidmat beliau sebagai CEO, membuktikan bahawa dia seorang ahli perniagaan yang baik yang selalu bekerja demi kepentingan Windows dan Office.

MDP-5128_1200x675_11_MS.png
Steve Ballmer telah mengatasi Bill Gates dari segi kekayaan

Sukan dan pelaburan

Pengambilalihan LA Clippers oleh Ballmer pada tahun 2014 menunjukkan minatnya yang beraneka ragam dalam perniagaan. Pelaburan beliau dalam pelbagai sektor, termasuk teknologi dan sukan, mencerminkan komitmen beliau terhadap pelaburan yang pintar dan pelbagai serta wawasan yang luas.

Filantropi dan prospek masa depan

Usaha filantropi Ballmer termasuk sokongan untuk inisiatif pendidikan dan komuniti sosial. Pengaruh berterusan beliau dalam teknologi dan sukan akan memberikan kesan yang positif ke atas pembangunan masa depan industri teknologi dan sukan.

Daftar sekarang

Warren Buffett: legenda pelaburan dan peneraju filantropi

  • Umur: 93

  • Tempat tinggal: Amerika Syarikat

  • Pengerusi dan CEO: Berkshire Hathaway

  • Nilai bersih: $109 bilion

  • Pegangan pemilikan Berkshire Hathaway: 16% ($95 bilion)

  • Aset-aset lain: Portfolio pelaburan yang pelbagai

MDP-5128_1200x675_12_MS.png

Kehidupan awal dan latar belakang

Warren Buffett dilahirkan di Omaha, Nebraska, pada 30 Ogos 1930. Warren sangat menyukai bidang perniagaan dan pelaburan sejak beliau masih muda, dan minat beliau itu membawanya belajar di Wharton School dan Columbia Business School di bawah mentornya, Benjamin Graham. Seperti yang diakui sendiri oleh Buffett, falsafah pelaburannya sangat dipengaruhi oleh prinsip "value investing" Graham.

Perjalanan Buffett dalam pelaburan bermula dengan entiti-entiti perniagaan kecil. Inilah yang mendorong beliau menubuhkan firma pelaburan Berkshire Hathaway. Pendekatannya untuk melabur berlandaskan nilai dan pertumbuhan prestasi jangka panjang menjadi paksi kejayaannya sejak dahulu lagi.

37_V.png
7 July 202311:00

7 Pedagang Forex Yang Terkaya Di Dunia

Kisah trader

Sekiranya anda ingin berjaya dalam suatu sektor tertentu, anda perlu mempelajari asas yang mendasarinya, iaitu sejarahnya. Artikel ini memberi penerangan mengenai trader yang paling berjaya pada tahun 2023 – mereka yang berjaya tiba ke puncak dengan bertindak selangkah demi selangkah dan menjadi profesional.

Memimpin Berkshire Hathaway

Tempoh perkhidmatan Buffett sebagai CEO di Berkshire Hathaway terkenal dengan fokus beliau pada pelaburan berlandaskan nilai (value investing) dan kepelbagaian (diversification). Di bawah kepimpinan beliau, prestasi syarikat itu berkembang untuk merangkumi suatu spektrum yang terdiri dari pelbagai sektor, dari insurans dan tenaga kepada barangan pengguna dan teknologi.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Saham Berkshire Hathaway Inc. baru-baru ini meningkat kepada $411, didorong oleh berita terkini contohnya tentang betapa syarikat itu mengekalkan pegangannya dalam suatu startup yang bernama Liberty SiriusXM. Pada satu masa, pelaburan Berkshire dalam Sirius XM Holdings telah meningkat menjadi $2.5 bilion.

Berkshire Hathaway terus menguasai pasaran hartanah kediaman walaupun diancam litigasi antipakatan yang berkaitan dengan komisen hartanah. Saham tersebut telah berkembang hampir 27% pada tahun 2023, menghampiri permodalan pasaran sebanyak $1 trilion.

MDP-5128_1200x675_13_MS.png

Filantropi dan impak global

Usaha filantropi Buffett dilakukan menerusi Pledge of Giving Foundation. Sumbangan beliau terhadap isu-isu kesihatan, pendidikan, dan isu sosial di peringkat global menunjukkan impak beliau yang lebih luas terhadap masyarakat dan dedikasi untuk menangani cabaran utama masyarakat dunia.

Prospek masa depan

Legasi Buffett dalam pelaburan dan filantropi akan terus membentuk dunia kewangan dan filantropi global. Pengaruhnya berkaitan strategi pelaburan menjadikan beliau seorang legenda dan mentor bagi jutaan pelabur di seluruh dunia.

Larry Ellison: perintis teknologi dan visionary

  • Umur: 80

  • Tempat tinggal: Amerika Syarikat

  • Pengasas dan CTO: Oracle Corporation

  • Nilai bersih: $107 bilion

  • Pegangan pemilikan Oracle: 25% ($70 bilion)

  • Aset-aset lain: Hartanah, saham Tesla, pelaburan nilai bersih

MDP-5128_1200x675_14_MS.png

Kehidupan awal dan latar belakang

Larry Ellison dilahirkan pada 17 Ogos 1944, di New York City. Beliau belajar di University of Illinois dan University of Chicago sebelum mengasaskan Oracle Corporation pada tahun 1977. Pengalaman pendidikan ini telah membentuk pemikiran dan kepakaran teknikal Ellison, yang membawa kepada kejayaan Oracle dalam industri perisian.

Perjalanan profesional Ellison bermula dengan fokus pada teknologi pangkalan data dan perisian. Kepimpinannya di Oracle kenali dengan strategi perniagaan, inovasi, dan kesungguhan untuk membina penyelesaian perisian yang unik.

Mengasaskan dan menerajui Oracle

Kepimpinan Ellison dalam Oracle dapat dilihat pada pengembangan, teknologi pangkalan data, dan inovasi perisian perniagaan syarikat tersebut. Kemajuan syarikat dalam teknologi awan, pengkomputeran, dan data menjadikannya sebagai lokomotif dalam pembangunan teknologi.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Selepas menubuhkan gergasi teknologi Oracle pada tahun 1977 dengan modal hanya $2,000, Larry Ellison telah meningkatkan nilai syarikat kepada $300 bilion. Prestasi dan permodalan pasaran syarikat itu menunjukkan nilainya dalam sektor perisian dan teknologi global.

Filantropi dan prospek masa depan

Usaha amal Ellison termasuk sokongan untuk penyelidikan perubatan, pendidikan, dan inisiatif budaya. Sumbangan beliau terhadap teknologi dan inovasi akan terus mempengaruhi pelbagai industri dan memacu pertumbuhan masa depan di seluruh dunia.

Larry Page dan Sergey Brin: perintis enjin carian web

Larry Page

  • Umur: 51

  • Tempat tinggal: Amerika Syarikat

  • Pengasas bersama: Google

  • Nilai bersih: $97 bilion

  • Pegangan pemilikan Alphabet: 8% ($92 bilion)

  • Aset-aset lain: Pelaburan dalam startup teknologi

Sergey Brin

  • Umur: 50

  • Tempat tinggal: Amerika Syarikat

  • Pengasas bersama: Google

  • Nilai bersih: $92 bilion

  • Pegangan pemilikan Alphabet: 8% ($90 bilion)

  • Aset-aset lain: Pelaburan dalam startup sains dan teknologi

MDP-5128_1200x675_15_MS.png

Kehidupan awal dan latar belakang

Larry Page dilahirkan di Amerika Syarikat dan Sergey Brin dilahirkan di USSR. Pasangan ini bertemu semasa membuat PhD mereka di Universiti Stanford. Mindset kolaboratif mereka mengenai projek enjin carian melahirkan apa yang kita semua kenali sebagai Google.

Penyelidikan BackRub yang dilakukan oleh Page dan Brin membawa kepada penciptaan Google pada tahun 1998. Kerja keras, visi, dan pengetahuan mereka merevolusikan cara orang mengakses maklumat dan mengubah landskap digital selama-lamanya.

Mengasaskan dan menerajui Google

Page dan Brin didorong oleh keinginan untuk meningkatkan teknologi carian dan pengalaman pengguna web yang pada ketika itu sedang bertambah dengan pesat. Inovasi syarikat itu dalam algoritma carian, teknologi pengiklanan, dan teknologi data menjadikannya pemain yang amat penting dalam industri teknologi.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Prestasi kewangan Google mencerminkan dominasinya dalam teknologi web. Prestasi saham dan permodalan pasaran syarikat itu mencerminkan kesan visi global dan strategik Page dan Brin.

Alphabet, syarikat induk Google, kini didagangkan pada harga $165. Unit-unit perniagaan Alphabet termasuk Google, Android, YouTube, dan banyak syarikat lain. Pengiklanan menjana kira-kira 76% daripada pendapatan syarikat itu.

Penganalisis Wall Street mengunjurkan Alphabet akan bertumbuh 11% dalam tempoh dua tahun akan datang, yang menunjukkan potensi pulangan tahunan lebih daripada 10%. Selain itu, perbelanjaan Alphabet yang berdisiplin telah meningkatkan keuntungan operasinya dan meningkatkan prestasi keseluruhannya.

Trade sekarang

Inovasi dan kemajuan teknologi

Inovasi Google termasuk kemajuan dalam AI, pembelajaran mesin, dan pengkomputeran awan dan perisian. Pembangunan produk seperti Google Search, YouTube, dan Android telah menetapkan piawaian baru dalam teknologi digital dalam sektor yang rumit dan sangat kompetitif ini.

Filantropi dan prospek masa depan

Usaha filantropi Page dan Brin, termasuk pelaburan dalam sains dan teknologi, mencerminkan komitmen mereka untuk memajukan ilmu pengetahuan dan inovasi global.

Richard Branson: usahawan dan dermawan yang gemarkan cabaran

  • Umur: 74

  • Tempat tinggal: United Kingdom

  • Pengasas: Virgin Group

  • Nilai bersih: $44 bilion

  • Pegangan pemilikan Virgin Group: Pelbagai peratusan merentasi 400+ syarikat (pegangan yang signifikan dalam Virgin Atlantic, Virgin Galactic, dan beberapa syarikat lain)

  • Aset-aset lain: Pulau persendirian (Pulau Necker), hartanah, pelaburan tunai, usaha filantropi

MDP-5128_1200x675_16_MS.png

Kehidupan awal dan latar belakang

Richard Branson dilahirkan pada 18 Julai 1950, di London. Semangat keusahawanannya muncul ketika dia masih muda, dari mengusahakan majalah pelajar sehinggalah ke studio rakaman yang sebelum itu sebuah kedai. Penubuhan Virgin Records oleh Branson pada tahun 1972 memulakan era Virgin Group dalam kerjayanya.

Perjalanan hidup Branson terkenal dengan semangatnya yang sukakan cabaran dan perniagaan dalam beraneka industri. Fokusnya pada pengalaman pelanggan, aspek budaya, dan identiti jenama adalah tonggak utama kejayaan Virgin Group.

Membina empayar Virgin

Pemerluasan kegiatan Virgin Group ke dalam pelbagai industri, termasuk muzik, syarikat penerbangan, telekomunikasi, dan pelancongan angkasa lepas, mencerminkan semangat Branson yang berwawasan dan adventurous. Pelancaran Virgin Galactic pada tahun 2004,syarikat pelancongan angkasa lepas, menunjukkan komitmennya untuk melangkaui sempadan dan meneroka dunia baru, sehingga ke angkasa lepas.

Prestasi kewangan dan impak pasaran

Virgin Group kini telah berkembang untuk merangkumi lebih daripada 40 unit perniagaan dan menggajikan lebih 60 ribu profesional di 35 negara.

Virgin Atlantic menunjukkan pemulihan kewangan yang kukuh pada tahun 2023 dengan pertumbuhan pendapatan dan keuntungan yang mengagumkan. Peningkatan besar jumlah penumpang setelah lockdown COVID-19 ditarik balik, dan rizab tunai syarikat yang kuat menunjukkan strategi perniagaan yang positif dan pemulihan yang berkesan dari cabaran.

Filantropi dan prospek masa depan

Usaha filantropi Branson termasuk sokongan untuk pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, pendidikan, dan isu-isu sosial. Semangat keusahawanan dan dorongan kuat di dalam diri beliau untuk berinovasi mungkin akan menjadi enjin yang memacu kemajuan masa depan dan memberi kesan kepada pelbagai sektor.

FAQ: Mengenali lelaki terkaya di dunia

Siapakah orang yang paling kaya di dunia?

Sukar untuk menjawab siapakah orang yang paling kaya di dunia. Nama yang menduduki ranking pertama berubah dari satu orang ke satu orang yang lain, tetapi menurut berita terkini, ia kini dipegang oleh Elon Musk.

Siapakah 10 orang yang paling kaya di dunia?

Pada masa kini, 10 lelaki yang terkaya di dunia ialah:

  • Elon Musk

  • Jeff Bezos

  • Bernard Arnault

  • Mark Zuckerberg

  • Bill Gates

  • Steve Ballmer

  • Warren Buffett

  • Larry Ellison

  • Larry Page

  • Sergey Brin

Bagaimana individu-individu ini mengumpulkan kekayaan mereka?

Orang-orang ini telah mengumpulkan kekayaan mereka dalam pelbagai cara, termasuk keusahawanan, inovasi, pelaburan, dan kejayaan syarikat mereka. Sesetengah daripada mereka telah membina firma teknologi yang besar, sementara yang lain telah meraih kekayaan mereka melalui pelaburan dalam pelbagai industri seperti barangan mewah, kewangan, dan lain-lain.

Bagaimanakah orang terkaya di dunia memberikan kesan kepada saham-saham terkemuka dan ekonomi global?

Orang-orang terkaya dunia mempunyai pengaruh yang besar terhadap saham terkemuka dan ekonomi global. Prospek global, keputusan, pelaburan, dan sentimen pasaran mereka dapat mempengaruhi harga saham, prestasi syarikat, inovasi, dan trend ekonomi dan pasaran secara keseluruhan.

Ringkasan

Sepuluh lelaki terkaya hari ini masing-masing telah memberikan sumbangan yang besar kepada industri mereka dan dunia secara umumnya. Pencapaian mereka mencerminkan bukan sahaja kejayaan kewangan, tetapi juga inovasi, pengaruh sosial, dan komitmen untuk menangani cabaran global. Oleh kerana mereka terus membentuk pelbagai sektor dan memacu kemajuan teknologi, legasi mereka mungkin akan mempengaruhi generasi akan datang, ekonomi global, dan seluruh dunia.

Kongsi kepada rakan-rakan: