Wajah baharu FBS

Terokai falsafah baharu kami. Skrol ke bawah untuk lihat perubahan kami
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Bonus

Secara amnya, bonus boleh ditakrifkan sebagai kelebihan ekstra dan tidak dijangka. Ia boleh berupa dividen tambahan, sebuah terbitan yang dibayar kepada pemegang saham sebuah syarikat atau satu bayaran yang diberikan kepada pekerja-pekerja sebagai ganjaran atau untuk meningkatkan motivasi dan produktiviti.

MENCERAKINKAN Bonus

Bayaran bonus adalah pampasan untuk, dan tambahan kepada, jumlah bayaran yang telah ditentukan sebagai gaji asas atau kadar bayaran per jam. Amaun asas pampasan telah ditentukan dalam tawaran kerja, di dalam fail peribadi pekerja, atau di dalam kontrak. Bayaran bonus boleh merujuk kepada pencapaian sejumlah indikator utama bergantung kepada syarikat, tetapi kerap kali berkaitan dengan pendapatan perusahaan bagi suatu tahun fiskal. Biasanya perusahaan-perusahaan memberitahu para pekerjanya lebih awal jika mereka akan menerima bonus, atau sebaliknya.

Bonus sebagai satu Motivasi

Bonus-bonus diberikan kepada para pekerja untuk meningkatkan motivasi dan produktiviti termasuk bonus penyertaan, bonus referral, dan bonus kesetiaan.

Bonus penyertaan adalah sejumlah wang yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat kepada calon pekerja sebagai motivasi untuk menyertai syarikat tersebut. Nama bonus ini di dalam Bahasa Inggeris adalah "Sign-on Bonus" "No deposit Bonus Forex" kerana kontrak perjawatan mesti ditandatangani dengan terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum wang bonus boleh dibayar kepada pekerja baru. Bonus ini biasanya ditawarkan hanya kepada posisi pengurusan menengah dan atasan sebagai cara untuk memberikan ganjaran kepada calon yang lebih menarik. Bonus penyertaan biasa digunakan dalam sukan profesional, dan untuk merekrut graduan bagi pekerjaan pertama mereka.

Bonus referral adalah sebahagian dari kaedah perekrutan dalaman yang biasa digunakan, bertujuan untuk mengenal pasti calon dari laman jaringan sosial pekerja sedia ada. Syarikat-syarikat yang mencari ahli pasukan berbakat sering mereka-reka sistem insentif di mana pekerja sedai ada akan diberi ganjaran bonus referral sekiranya mereka mengesyorkan calon yang berakhir diberikan perjawatan oleh syarikat. Merekrut calon menggunakan referral pekerja diakui cara paling kos efektif dan efisien untuk mencari calon pekerja.

Bonus kesetiaan adalah alat motivasi dalam bentuk insentif kewangan yang terpenting untuk mengekalkan pekerja dan ia digunakan oleh banyak syarikat. Bonus ini biasanya diberikan kepada pekerja-pekerja terpenting sebagai strategi am untuk menggalakkan seseorang individu untuk kekal bersama sesebuah syarikat di waktu-waktu genting atau di waktu-waktu penyusunan semula organisasi. Suatu bonus kesetiaan biasanya ditawarkan bila telah jelas bahawa pekerja itu berniat untuk berhenti dari syarikat tersebut, dan ia boleh mendatangkan kesan yang tak diingini pada efisiensi bisnes. Bonus kesetiaan menjadi lebih lazim di dalam dunia korporat kerana syarikat-syarikat sedang mengalami lebih banyak transisi seperti penggabungan dan pengambilalihan.

Bonus Prestasi

Syarikat-syarikat dengan sistem motivasi yang mantap membayar bonus prestasi kepada kakitangan-kakitangan yang mencapai rating memuaskan atau tinggi dalam penilaian prestasi tahunan mereka. Sebuah bonus berdasarkan insentif mengkadarkan amaun bonus berdasarkan tahap prestasi. Insentif yang tertanam dalam pekerja, adalah untuk mencapai prestasi terbaik sepanjang tempoh penilaian, yang bermaksud prestasi mereka harus konsisten tinggi untuk tempoh 12 bulan jika syarikat membuat penilaian secara tahunan. Keberkesanan bonus jenis ini adalah berdasarkan pemahaman mendalam seorang pekerja yang ikhlas dan tekun bahawa usaha dan kerja keras mereka akan mendapat ganjaran di penghujung tahun. Bonus jenis ini boleh jadi ditawarkan kepada pekerja dan eksekutif sekali sahaja, atau boleh juga suatu yang berulang setiap tempoh masa. Ganjaran bonus bukan sahaja berbentuk tunai, ia boleh dibayar dengan saham, kad hadiah, hari cuti, hidangan hari keraian, atau boleh sahaja dengan penghargaan secara lisan. Jenis-jenis bonus yang diberikan kepada pekerja untuk pekerjaan yang dibereskan dengan baik termasuk skim bonus tahunan, anugerah bonus spot, anugerah penghargaan kakitangan, bonus perkongsian keuntungan, dan bonus peristiwa.

Sesetengah syarikat memasukkan bonus tahunan ke dalam kontrak pekerja. Seandainya syarikat mencapai keuntungan tertentu bagi tahun fiskal operasi, keutungan tersebut dikongsikan dengan para pekerja, dengan eksekutif C-Suite mendapat bahagian yang besar. Anugerah bonus spot adalah pemberian bonus mikro yang diberi kepada pekerja atau pasukan sebagai pengiktirafan khas. Bonus penghargaan pekerja boleh juga dianggap seperti bonus spot atau ia boleh juga menjadi ganjaran berasingan yang diberikan kepada pekerja yang menyerlah. Para pekerja yang berkerja dengan syarikat untuk suatu tempoh masa, sebagai contoh, 15 tahun boleh diberikan pengiktirafan oleh syarikat dengan menawarkan beliau kompensasi tambahan berupa tunai dan sebagainya.

Lain-lain Skim Bonus

Sesetengah jenis bonus tidak berkaitan langsugn dengan motivasi atau ganjaran, dan ia diberikan kepada semua ahli pasukan. Ia boleh jadi berkaitan dengan, contohnya, bonus hari perayaan dan dalam rupa yang pelbagai dari hadiah-hadiah kecil seperti tunai sehinggalah jamuan hari perayaan, atau malah sebulan gaji. Amaun bonus ini biasanya ditentukan oleh praktis-praktis syarikat. Jika anda menerima sebulan gaji, ambil kira ini sebagai sebahagian dari gaji anda jika mencari kerja di tempat lain. Praktis ini biasanya dirujuk sebagai "Gaji bulan ke-13", dan bukanlah bonus yang sebenar-benar kerana tiada prestasi yang diperlukan untuk menerimanya.

Pemegang saham juga menerima pelbagai jenis bonus, yang sebenarnya pulangan untuk pelaburan mereka di syarikat tersebut. Satu contoh yang paling jelas bagi bonus sebegini adalah dividen, yang dibayar kepada pemegang-pemegang saham dari dana yang terhasil dari keuntungan syarikat. Lembaga pengarah perlu meluluskan pembayaran dividen, dan juga boleh menghalang pembayarannya berdasarkan budi bicara mereka bergantung kepada efisiensi Syarikat.

Selain dari itu, para pemegang saham boleh juga dibayar saham bonus, yang menaikkan bilangan saham yang diterbitkan dan dimiliki. Dalam kes ini, bonus biasanya berdasarkan kepada jumlah saham yang sudah pun dimilik oleh pemegang saham tersebut, dan bisanya hampir dengan pecahan saham, kecuali tiada pecahan yang berlaku dengan saham bonus dan angka pada seksyen Ekuiti Pemegang Saham di kunci kira-kira berubah.

Selain dari itu, para pemegang saham boleh juga dibayar saham bonus, yang menaikkan bilangan saham yang diterbitkan dan dimiliki. Dalam kes ini, bonus biasanya berdasarkan kepada jumlah saham yang sudah pun dimilik oleh pemegang saham tersebut, dan bisanya hampir dengan pecahan saham, kecuali tiada pecahan yang berlaku dengan saham bonus dan angka pada seksyen Ekuiti Pemegang Saham di kunci kira-kira berubah.

FBS di media sosial

Hubungi kami

@@@@@

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.