Sertai promo FBS
Didorong oleh ledakan penggunaan telefon pintar di dalam semua aspek kehidupan seharian, syarikat-syarikat dan institusi-institusi kewangan melihat manfaat jika dapat menawarkan suatu kaedah untuk membuat [pembayaran] menggunakan telefon-telefon tersebut menerusi dompet digital. Apabila orang awam semakin galak membeli-belah menerusi telefon mereka, kaedah-kaedah baru [pembayaran menggunakan telefon] menjadi satu keperluan penting. Teknologi yang dikenali sebagai dompet digital membolehkan pengguna untuk membuat pindahan wang secara elektronik dari akaun-akaun peribadi untuk membayar bagi barang-barang atau perkhidmatan menggunakan pelbagai perisian. Selain dari itu, dompet digital membolehkan pengguna mengumpul mata kesetiaan dan [kupon] digital. Penyelesaian kewangan ini, juga dipanggil e-dompet, menawarkan pelanggan satu akedah pembayaran yang menyenangkan, kaya dengan fitur dan selamat.
Idea asas e-dompet adalah sebagai satu penyimpanan maklumat pembayaran pengguna yang selamat dan kompak telah memberikan aneka pilihan digital untuk para pelanggan yang mahu berhijrah dari dompet tradisional. Lebih-lebih lagi, dompet digital memberikan potensi sumber pendapatan baru untuk syarikat-syarikat yang mengumpul dan memproses data konsumer. Lebih banyak syarikat-syarikat ini tahu mengenai tabiat pembelian para pelanggan, lebih efektif pemasaran yang boleh dibuat ke atas mereka. Satu-satunya keburukan dari penggunaan e-dompet pada masa ini adalah kehilangan privasi pengguna.