Sertai promo FBS

Dapatkan ganjaran 100%, dari gajet hingga kereta, dan menangi cabutan bertuah dengan prize pool $150K.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Engulfing

Pola carta Engulfing ialah formasi candlestick yang biasanya muncul sebelum arah trend mula menyongsang. Pola ini terdiri daripada dua bar candlestick, bar candlestick yang pertama adalah lebih kecil dan dikepung sepenuhnya oleh bar candlestick yang kedua. Pola Engulfing lebih mudah dikenal pasti pada carta dan ia boleh membantu pedagang mencari masa yang terbaik untuk memasuki pasaran.

1.png 2.png

Dalam artikel ini anda akan belajar tentang pola Engulfing bullish dan bearish, apa itu yang dipanggil pola Last Engulfing dan bagaimana anda boleh menggunakannya, serta kebaikan dan keburukan utama menggunakan pola Engulfing dalam perdagangan.

Pola Engulfing bullish

Pola Engulfing bullish ialah sejenis pola candlestick Engulfing (mengepung) yang berlaku semasa downtrend dan memberi isyarat potensi penyongsangan pergerakan harga dan permulaan suatu uptrend.

Pola Engulfing bullish terdiri daripada dua bar candlestick.

Bar candlestick pertama pada formasi ialah bar candlestick berwarna merah yang bermakna harga aset telah ditutup di bawah harga pembukaan. Bar candlestick kedua pula berwarna hijau dan menunjukkan bahawa harga telah dibuka lebih rendah daripada harga penutupan bar candlestick sebelumnya dan ditutup lebih tinggi daripada harga pembukaan sebelumnya. Badan bar candlestick pertama adalah kecil manakala badan bar candlestick kedua lebih besar dan mengepung sepenuhnya bar candlestick pertama. Ini menandakan bahawa, walaupun pergerakan harga yang menurun adalah stabil, pembeli mula bertindak untuk melawan balik, menyebabkan harga aset menyongsang dan memulakan pergerakan menaik.

Pedagang menggunakan pola Engulfing bullish untuk mencari masa yang terbaik bagi membuka kedudukan beli. Mereka juga mempercayai bahawa pola Engulfing bullish adalah lebih dipercayai jika ia didahului oleh beberapa bar candlestick kecil yang menunjukkan bahawa harga tidak berganjak untuk seketika sebelum menyongsang. Pola Engulfing bullish juga boleh bertindak sebagai indikator pengesahan arah trend jika ia berlaku dalam uptrend.

Pada carta di bawah, anda boleh melihat beberapa pola Engulfing bullish. Pola Engulfing bullish yang pertama berlaku selepas downtrend yang lebih panjang yang menandakan berlakunya penyongsangan dalam pergerakan harga. Pola Engulfing bullish kedua pula terbentuk kemudian semasa uptrend yang mengesahkan kesinambungan pergerakan harga menaik.

3.png

Pola Engulfing bearish

Pola Engulfing bearish adalah berlawanan sama sekali jika dibandingkan dengan pola Engulfing bullish. Pola Engulfing bearish berlaku semasa uptrend dan menunjukkan potensi penyongsangan kepada pergerakan menurun.

Pola Engulfing bearish juga terdiri daripada dua bar candlestick. Tetapi dalam situasi ini, bar candlestick pertama berwarna hijau manakala yang kedua pula berwarna merah. Bar candlestick kedua adalah lebih besar daripada bar candlestick yang sebelumnya dan mengepung bar candlestick pertama sepenuhnya, menunjukkan bahawa penjual telah menguasai pasaran dan mula menolak harga ke bawah.

Pedagang menggunakan pola ini untuk mencari masa yang terbaik bagi menjual aset yang mereka pegang ketika ini. Pola Engulfing bearish lebih dipercayai semasa trend stabil; dalam pasaran yang tidak menentu, pola Engulfing bearish menjadi tidak begitu penting dan tidak boleh diandalkan untuk keputusan jangka panjang.

Carta ini menggambarkan pola Engulfing bearish yang klasik. Anda boleh melihat selepas uptrend yang stabil, bagaimana bar candlestick hijau kecil tiba-tiba dikepung oleh bar candlestick merah yang besar, selepas itu arah trend menyongsang dengan serta-merta dan mula menurun.

4.png

Pola Last Engulfing

Satu lagi pola Engulfing, walaupun jarang berlaku, ialah pola Last Engulfing. Pola ini mempunyai dua varian: Last Engulfing bawah dan Last Engulfing atas.

Last Engulfing bawah berlaku di bahagian bawah downtrend. Pola ini terdiri daripada bar candlestick hijau yang lebih kecil yang diikuti dengan bar candlestick merah yang lebih besar. Perhatikan bahawa pola ini tidak seperti pola yang telah dinyatakan sebelum ini, pola Last Engulfing bawah didahului oleh bar candlestick merah. Pola ini boleh menandakan penyongsangan bullish sesuatu trend atau kesinambungan trend bearish, jadi adalah lebih baik untuk menunggu pengesahan penyongsangan sebelum membuat apa-apa tindakan.

Manakala, pola Last Engulfing atas adalah berlawanan dan muncul di bahagian atas uptrend. Ia terdiri daripada bar candlestick merah dengan bar candlestick hijau yang lebih besar menyusulinya. Pola didahului oleh beberapa bar candlestick hijau. Pola ini juga memerlukan pengesahan penyongsangan, jadi jangan tergesa-gesa untuk membuat sebarang keputusan jika anda menemuinya pada carta.

Kelebihan pola Engulfing

  1. Ia mudah dicari dan ditafsirkan. Jika anda melihat bar candlestick besar yang berbeza warnanya daripada bar candlestick yang lebih kecil sebelumnya, anda secara intuitif boleh meneka bahawa ia menandakan perubahan dalam arah pergerakan harga. Pola Engulfing menyerlah di antara bar candlestick lain pada carta, jadi seorang pedagang baharu pun boleh melihatnya dan menggunakannya untuk mendapatkan keuntungan.
  2. Ia boleh digunakan dengan indikator dan alatan lain. Pola Engulfing boleh digunakan oleh pedagang yang pernah menggunakan alat lain dan memerlukan pengesahan tambahan tentang penyongsangan trend yang sepatutnya.
  3. Ia agak tepat. Pola Engulfing mempunyai rekod prestasi yang baik untuk meramalkan penyongsangan arah trend, jadi ia secara amnya dianggap agak wajar diandalkan.

Kekurangan pola Engulfing

Tiada apa yang tepat secara 100%. Dalam pasaran tidak menentu, pola Engulfing tidak akan banyak digunakan. Selain itu, graf candlestick kedua bagi pola Engulfing adakalanya agak besar serta boleh mengelirukan pedagang ketika ingin meletakkan sasaran harga atau Renti Rugi apabila ia muncul.

Kesimpulan

Pola Engulfing ialah salah satu daripada pola candlestick penyongsangan trend yang paling mudah dikesan. Ia adalah alat yang hebat untuk mencari masa terbaik untuk memasuki pasaran, terutamanya untuk pedagang baharu. Pola Engulfing biasanya agak tepat, tetapi pedagang masih perlu menggunakan kaedah dan indikator lain bagi membuat keputusan perdagangan yang berjaya.

FBS di media sosial

Hubungi kami

@@@@
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.