Wang sah adalah bentuk pembayaran rasmi yang sah diperlakukan untuk hutang persendirian atau awam, atau untuk melunaskan kewajipan kewangan mengikut undang-undang di jurisdiksi tersebut. Secara amnya, istilah ini merujuk kepada matawang kebangsaan seperti not kertas dan syiling, berbanding dengan barisan kredit, cek atau kad. Seorang pemiutang tertakluk untuk menerima wang sah sebagai bayaran untuk suatu hutang. Wang sah hanya boleh dikeluarkan oleh badan kebangsaan yang diberikan kuasa untuk melakukannya, seperti Perbendaharaan A.S. di Amerika Syarikat dan Royal Canadian Mint di Kanada. Undang-undang berkenaan wang sah telah terbukti penting di dalam pembentukan dasar fiskal banyak negara.
Syiling dan wang kertas boleh sahaja tidak lagi menjadi wang sah jika not baru untuk matawang yang sama menggantikannya atau jika matawang baru diperkenal menggantikan yang sebelumnya. Di dalam kes Euro, syiling dan wang kertas matawang kebangsaan yang diganti dalam sesetengah kes dianggap wang sah dari 1 Januari 1999 sehingga 28 Febuari 2002. Secara perundangannya, wang syiling dan kertas tersebut dianggap sebagai sepecahan bukan perpuluhan Euro.
Negara-negara yang mempunyai hubungan ekonomi dan budaya yang kuat juga boleh menerima matawang satu sama lain sebagai wang sah di dalam jumlah yang terhad. Sebagai cotnoh, sesetengah saudagar A.S. dan Kanada berhampuran sempadan A.S.-Kanada menerima kedua-dua dolar Kanada dan dolar A.S. sebagai bayaran untuk barangan dan perkhidmatan.
Masyarakat tanpa tunai merujuk kepada keadaan ekonomi di mana transaksi kewangan tidak dilaksana menggunakan wang berbentuk wang kertas atau syiling fizikal, tetapi menerusi pindahan maklumat digital (biasanya pernyataan elektronik untuk wang) di antara pihak-pihak yang terlibat. Transaksi tanpa tunai juga kini boleh dilakukan menggunakan matawang digital. Bitcoin adalah satu lagi kaedah pembayaran alternatif lain yang popular kerana ia adalah matawang digital atas talian yang boleh digunakan untuk semakin banyak jenis transaksi tetapi ia tidak dianggap sebagai wang sah (legal tender).