Wajah baharu FBS

Terokai falsafah baharu kami. Skrol ke bawah untuk lihat perubahan kami
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Leveraj

Apa itu leveraj kewangan?

Leveraj kewangan ialah penggunaan modal yang dipinjam untuk membuat pelaburan. Oleh itu, leveraj kewangan berpotensi untuk meningkatkan pulangan atau keuntungan daripada projek. Dalam masa yang sama, menggunakan leverage kewangan juga meningkatkan risiko yang perlu ditanggung oleh pengguna jika pelaburan tersebut tidak berjaya.

Dalam artikel ini, anda akan mempelajari apa itu perdagangan leveraj, bagaimana ia berfungsi, apakah jenis-jenis perdagangan leveraj yang ada, cara-cara untuk menggunakan leveraj dalam perdagangan, apa kelebihan dan kekurangan leveraj dan bagaimana caranya untuk mengurangkan risiko.

Apakah itu perdagangan berleveraj?

Leveraj adalah strategi perdagangan yang sangat meluas digunakan, di mana pedagang meminjam wang daripada broker untuk membuka posisi yang lebih besar daripada yang mereka mampu lakukan dengan dana mereka sendiri sahaja. Perdagangan berleveraj amat popular dalam forex kerana anda boleh mendapatkan leverage yang jauh lebih tinggi untuk perdagangan forex berbanding dengan mana-mana aset lain.

Bagaimana perdagangan berleveraj berfungsi?

Untuk memahami bagaimana perdagangan berleveraj berfungsi, anda perlu memahami apa itu leveraj sebenarnya. Leveraj ialah nisbah antara amaun wang yang anda depositkan ke akaun perdagangan anda dan amaun wang yang anda boleh dagangkan dengannya. Apa yang anda depositkan hanyalah sejumlah kecil daripada dana yang anda boleh gunakan untuk berdagang. Jumlah yang selebihnya disediakan oleh broker anda. Nisbah ini biasanya dinyatakan sebagai X:1, di mana X ialah berapa banyak lagi wang yang anda boleh akses selepas mendepositkan dana anda sendiri. Sebagai contoh, apabila anda menggunakan leverage 100:1 dan mendepositkan $100, anda boleh dagangkan aset bernilai $10,000.

Berdagang dengan margin

Perdagangan dengan margin salah satu contoh perdagangan berleveraj yang paling lazim. Margin ialah jumlah wang yang anda perlu sediakan untuk membuka suatu posisi perdagangan. Perdagangan dengan margin membolehkan anda memperdagangkan aset dengan lebih banyak daripada yang anda mampu lakukan dengan tunai milik anda semata-mata.

Sila maklum bahawa dalam konteks forex, perdagangan margin memerlukan anda untuk membuat bayaran pendahuluan kepada broker untuk mendapatkan leveraj bagi membeli aset. Untuk berdagang dengan margin, anda perlu membuka akaun margin di mana anda mendepositkan wang, dan wang ini digunakan sebagai cagaran. Perdagangan margin meningkatkan potensi keuntungan dan potensi kerugian anda, dan ia juga memberikan broker anda hak untuk menutup posisi anda tanpa persetujuan anda jika anda tidak mempunyai wang yang mencukupi di akaun margin anda.

Berdagang dengan derivatif

Leveraj juga boleh digunakan untuk perdagangan derivatif. Derivatif ialah instrumen kewangan yang nilainya diperoleh daripada aset pendasar. Derivatif membolehkan pedagang memperoleh hak untuk membeli atau menjual aset pada harga tertentu, dan dengan itu menikmati fleksibiliti yang lebih baik dalam perdagangan.

ETF berleveraj

Dana yang didagangkan di bursa (exchange traded funds), atau ETF, yang berleveraj adalah instrumen perdagangan yang menggandakan keuntungan pelaburan melalui penggunaan gabungan instrumen derivatif dan hutang. Tetapi pedagang perlu berhati-hati semasa berdagang EFT yang berleveraj kerana ia adakalanya agak berisiko. ETF menjejaki sekumpulan saham dari satu sektor dan membantu mempelbagaikan portfolio pemegangnya. Harga ETF tradisional bergerak bersama dengan harga saham yang mereka jejaki secara segerak. Walau bagaimanapun, ETF berleveraj disasarkan untuk nisbah 2:1 atau 3:1 dan dengan itu boleh membawa lebih banyak keuntungan.

Nisbah berleveraj dalam pasaran kewangan

Anda boleh menggunakan leveraj untuk berdagang di pelbagai pasaran, tetapi amaun leveraj yang anda boleh gunakan sangat berbeza-beza dan bergantung pada jenis aset yang anda rancang untuk dagangkan.

Perdagangan matawang berleveraj

Pasaran Forex adalah pasaran kewangan yang terbesar di dunia. Pedagang Forex boleh menggunakan leveraj yang agak tinggi, sehingga 1000:1 untuk para pedagang profesional. Ini menjadikan perdagangan forex lebih menguntungkan, tetapi juga lebih berisiko.

Leveraj untuk indeks

Indeks mencerminkan prestasi umum sekumpulan aset yang berkaitan dengan industri atau sektor tertentu. Leveraj untuk pasaran ini agak rendah, nisbah tertinggi yang mungkin adalah 200:1.

Perdagangan saham berleveraj

Perdagangan saham adalah satu lagi bidang di mana pedagang boleh menggunakan leveraj. Berbanding dengan pasaran lain, pasaran saham menawarkan nisbah leveraj yang agak rendah. Di FBS, nisbah leveraj maksimum yang anda boleh nikmati untuk berdagang saham adalah 100:1.

Perdagangan matawang kripto berleveraj

Matawang kripto adalah aset yang sangat mudah meruap, jadi nisbah leveraj untuk mereka sangat rendah, bermula dari 5:1. Ia suatu langkah berjaga-jaga kerana menggunakan leverage yang tinggi untuk perdagangan kripto boleh mengakibatkan kerugian yang besar.

Risiko penggunaan leveraj sebenar yang berlebihan dalam perdagangan forex

Menggunakan leveraj yang terlalu besar dalam perdagangan forex bukan sahaja boleh membawa keuntungan yang besar, tetapi juga kerugian yang besar. Lebih besar leveraj yang anda gunakan, lebih banyak risiko yang anda perlu tanggung.

Risiko margin dan panggilan margin

Jika tahap margin (margin level) anda susut dan jatuh lebih rendah dari jumlah yang ditetapkan, broker anda boleh memulakan panggilan margin (margin call). Ini bermakna anda perlu mendepositkan lebih banyak wang ke dalam akaun anda untuk mengelakkan broker anda daripada terpaksa menutup posisi anda untuk mendapatkan wang mereka kembali.

Potensi kerugian yang tidak terbatas dengan opsyen

Opsyen mensyaratkan penjual untuk membeli atau menjual aset pada harga yang dinyatakan dalam opsyen ini. Jadi jika pembeli melaksanakannya, penjual sudah pun mengalami kerugian, saiznya bergantung pada seberapa banyak harga aset telah naik atau turun. Tiada had berapa banyak harga boleh berubah, yang bermaksud berapa banyak keuntungan anda yang boleh lesap juga tidak terbatas.

Tidak sesuai untuk perdagangan jangka panjang

ETF berleveraj umumnya digunakan untuk perdagangan intrahari kerana ia boleh membentuk senggang (gap) sewaktu pembukaan hari berikutnya. Menggunakannya untuk apa-apa selain daripada perdagangan jangka pendek bermakna keuntungan yang anda raih boleh tersasar sangat jauh dari sasaran anda.

Bagaimana cara mengira nisbah leveraj?

Untuk mengira nisbah leveraj, anda perlu membahagikan amaun aset dengan amaun margin (ekuiti). Sebagai contoh, jika anda ingin membeli forex bernilai $500 dan anda mempunyai $100 di akaun margin anda, anda akan memerlukan nisbah leverage 5:1.

Bagaimana perbandingan antara margin forex dengan margin perdagangan saham?

Perdagangan forex memberikan anda leveraj yang lebih besar (100:1 atau lebih untuk pedagang profesional). Walaupun ini mungkin tampak berisiko, harga pasangan forex tidak begitu banyak berubah, terutamanya dalam masa satu hari, jadi risikonya juga jauh lebih rendah berbanding di pasaran perdagangan lain.

Adakah pasaran forex meruap?

Pasaran Forex secara umumnya dianggap sebagai salah satu pasaran yang paling cair, yang bermaksud ia kurang meruap. Walau bagaimanapun, kadar matawang bergantung pada pelbagai faktor yang sentiasa berubah, seperti ekonomi global dan tempatan, geopolitik, perdagangan dll. Jadi pedagang perlu sedar bahawa semua acara dan peristiwa ini boleh menyebabkan kemeruapan yang ketara pada pasangan matawang.

Berapa leveraj yang perlu saya gunakan?

Leveraj mungkin kelihatan seperti satu cara yang mudah untuk membuat wang yang banyak dengan cepat, tetapi ia juga salah satu sebab utama mengapa pedagang rugi sebegitu banyak wang. Jika anda memutuskan untuk menggunakan leveraj, jangan bermula dengan kadar 100:1, terutamanya jika anda adalah seorang pemula dan masih lagi belajar. Menggunakan leveraj yang lebih kecil (10:1) untuk membina modal anda secara konsisten sambil mengumpulkan pengalaman adalah jauh lebih baik berbanding menghanguskan semua wang anda dalam masa satu hari.

Perdagangan berleveraj: pro dan kontra

Perdagangan berleveraj mempunyai banyak kelebihan yang menarik minat pedagang:

  • keuntungan yang tinggi – leverage menggandakan jumlah wang yang ada untuk anda gunakan, menjadikan potensi keuntungan anda jauh lebih tinggi;
  • akses kepada saham yang bernilai lebih tinggi – dengan leveraj, anda boleh membeli aset melebihi apa yang anda mampu lakukan jika dengan wang anda sendiri sahaja;
  • posisi yang jauh lebih besar – leveraj membolehkan anda membuka lebih banyak urusniaga perdagangan dalam satu-satu masa dan membeli lebih banyak aset tanpa menggunakan keseluruhan modal anda.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan tertentu yang perlu difikirkan oleh pedagang sebelum membuat keputusan untuk menggunakan leveraj:

  • kehilangan pemilikan aset – jika perdagangan anda rugi, broker anda boleh menutup posisi anda tanpa mendapatkan persetujuan anda, dan kemudian anda akhirnya tiada aset dan tiada wang;
  • risiko yang lebih tinggi – leveraj tidak meningkatkan keuntungan anda, tetapi ia juga meningkatkan potensi kerugian anda jika pasaran bergerak dalam arah yang bertentangan dengan anda.

Contoh leveraj dalam perdagangan saham

Katakan anda memutuskan untuk membeli saham bernilai $10,000 dan menggunakan wang anda sendiri untuk melakukannya. Ini sebenarnya leveraj 1:1 (secara mudahnya, ini adalah posisi yang tidak berleveraj), kerana anda tidak meminjam apa-apa daripada broker. Jika anda untung sebanyak $100, pulangan anda adalah 1% ($100/$10,000*100). Pada masa yang sama, jika anda rugi $100, kerugian anda adalah -1% juga.

Bayangkan bahawa anda tidak mempunyai $10,000, tetapi mahu berdagang sebanyak ini. Di sinilah di mana leveraj memainkan peranannya. Dalam kes ini, broker anda akan memerlukan, misalnya, margin sebanyak 1%, bersamaan dengan $100 di akaun anda. Ini adalah margin digunakan (used margin) anda. Leveraj adalah 100:1 kerana anda mengawal $10,000 dengan hanya $100. Baki 99% lagi disediakan oleh broker. Margin ini diperlukan untuk keterjaminan pihak broker sekiranya pasaran bergerak bertentangan dengan posisi anda. Sekiranya anda untung $100, pulangan anda akan adalah 100% ($100/$ 100*100). Walau bagaimanapun, jika anda rugi $100, pulangannya adalah -100%. Seperti yang anda dapat lihat, dengan leveraj perdagangan saham boleh membawakan keuntungan yang lebih besar atau kerugian yang lebih besar jika dibandingkan dengan kedudukan yang tidak berleveraj.

Leveraj runcit vs leveraj profesional

Kadar leveraj tidak hanya bergantung pada pasaran di mana anda berdagang, tetapi juga pada jenis pedagang yang bagaimanakah anda. Secara umumnya, kadar leveraj untuk pedagang runcit adalah lebih rendah daripada pedagang profesional, tetapi ia juga mengehadkan jumlah kerugian yang mereka tanggung. Selain itu, terdapat lebih banyak kriteria yang perlu dipenuhi oleh pedagang profesional untuk layak mendapat leveraj.

Pengurusan risiko leveraj

Oleh kerana leveraj yang tinggi datang dengan risiko yang besar, adalah amat penting untuk mempunyai strategi pengurusan risiko yang baik sebelum menerapkan leveraj ke dalam perdagangan. Selain daripada mengelakkan daripada menggunakan terlalu banyak modal berleveraj dalam perdagangan, pedagang juga boleh menggunakan pesanan Renti Rugi untuk posisi-posisi mereka. Pesanan Renti Rugi membuat posisi anda ditutup secara automatik setelah ambang tertentu dilepasi, meminimumkan jumlah kerugian yang anda mungkin anda tanggung. Juga dianggap lebih baik untuk menggunakan leveraj dalam perdagangan jangka pendek.

Kesimpulan

Leveraj membolehkan pedagang untuk membuka posisi yang lebih besar daripada yang mereka boleh lakukan dengan wang mereka sendiri. Amaun leveraj yang boleh diperoleh oleh pedagang bergantung pada kemeruapan aset dan sama ada mereka adalah pedagang profesional.

Selain daripada meningkatkan potensi pulangan, leveraj juga membesarkan potensi risiko. Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan risiko dan menguruskan potensi kerugian, tetapi perkara utama yang perlu diingat oleh pedagang adalah jangan sekali-kali menggunakan leveraj tanpa berfikir.

SOALAN LAZIM

Adakah perdagangan yang berleveraj berbahaya?

Perdagangan yang berleveraj lebih berisiko berbanding perdagangan tanpa leveraj kerana pedagang boleh rugi bukan sahaja wang mereka sendiri, tetapi juga wang yang bukan milik mereka. Dalam sesetengah kes, pedagang bahkan boleh kehilangan aset yang mereka beli dengan leveraj.

Adakah anda perlu membayar balik leveraj?

Ya. Anda pada dasarnya meminjam wang daripada broker anda, jadi anda perlu mengembalikannya. Sesetengah broker juga mengenakan faedah ke atas perdagangan dengan margin, jadi perdagangan berleveraj juga meningkatkan perbelanjaan anda.

Bagaimana perdagangan berleveraj berfungsi?

Apabila pedagang menggunakan leveraj, mereka meminjam wang daripada broker mereka untuk membeli aset. Ini membolehkan pedagang untuk membuka lebih banyak posisi dan membeli aset yang lebih mahal daripada yang mereka mampu dengan wang mereka sahaja.

FBS di media sosial

Hubungi kami

@@@@@

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.