Sertai promo FBS
NASDAQ adalah indeks 100 syarikat bukan kewangan terbesar yang tersenarai di Pasaran Saham Nasdaq. Ia memberi tumpuan kepada industri berprestasi tinggi seperti teknologi (54%), perkhidmatan pengguna (25%), dan penjagaan kesihatan (21%).
Indeks ini menjejak prestasi syarikat-syarikat paling inovatif di dunia, termasuk Apple, Google, Intel, dan Tesla. NASDAQ adalah penanda aras terutamanya untuk saham-saham teknologi AS.
Bayangkan ada sekumpulan syarikat yang menerbitkan saham. Indeks NASDAQ mengikuti perubahan harga saham mereka. Ia terkenal dengan kemeruapan sehari-harinya. Itulah sebabnya ia sangat menarik di mata para pedagang di seluruh dunia.
Indeks NASDAQ-100 adalah indeks berwajaran permodalan pasaran yang dimodifikasi. Nilai indeks bersamaan dengan nilai agregat pemberat saham, juga dikenali sebagai saham indeks, setiap satu sekuriti indeks dikalikan dengan harga jualan terakhir setiap satu sekuriti tersebut, dan dibahagi dengan pembahagi indeks.
Sistem wajaran ini membolehkan pengaruh syarikat-syarikat terbesar dihadkan dan menseimbangkan indeks dengan semua ahlinya. Tiada syarikat di dalam Nasdaq-100 yang boleh mempunyai wajaran lebih dari 24%.
Anda boleh memperdagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) bagi NASDAQ. CFD adalah cerminan pergerakan NASDAQ. Ia membolehkan anda berniaga dalam mana-mana arah. Dengan kata lain, anda boleh mendapat keuntungan dari penurunan mahupun kenaikan harga. Semak spesifikasi kontrak.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah wang yang kecil anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan saiz akaun anda. Namun ia ada sisi negatifnya, anda boleh rugi dengan lebih besar jika pasaran bergerak bertentangan dengan aspirasi urusniaga anda.
Sebagaimana kebanyakan indeks sektor teknologi, NASDAQ didorong oleh laporan pendapatan, pelantikan jawatan penting dan pelancaran produk baru. Lebih-lebih lagi, faktor ekonomi AS seperti kadar faedah, dasar monetari dan indikator ekonomi secara umum mampu mempengaruhi indeks kerana ia mempengaruhi kadar pelaburan syarikat dan selera pengguna terhadap produk-produk yang mereka keluarkan.