Sertai promo FBS

Dapatkan ganjaran 100%, dari gajet hingga kereta, dan menangi cabutan bertuah dengan prize pool $150K.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Pasaran Spot

Apa itu pasaran spot?

Pasaran spot, juga dikenali sebagai pasaran tunai, adalah pasaran kewangan awam di mana aset didagangkan serta-merta. Pembeli membeli aset daripada penjual untuk fiat atau aset lain, seperti komoditi, matawang, dan sekuriti. Penghantaran biasanya segera, tetapi ia bergantung kepada aset yang didagangkan dan boleh diselesaikan dalam masa T+2 hari. Kami akan terangkan secara terperinci di bawah.

Pasaran spot boleh dianggap sebagai asas untuk semua jenis perdagangan lain kerana ia mencerminkan sebut harga yang tepat, yang menjadi asas untuk jenis perdagangan yang lain.

Walaupun pasaran spot melibatkan transaksi segera dengan penghantaran yang hampir serta-merta, dalam pasaran hadapan dan niaga hadapan, kontrak dibayar kemudian. Pembeli dan penjual bersetuju untuk saling bertukar sejumlah aset pada harga yang telah ditentukan pada masa hadapan. Dalam kes-kes di mana kontrak tamat pada tarikh penyelesaian, pembeli dan penjual biasanya menyelesaikan dalam bentuk tunai, bukannya menyerahkan aset.

Apakah itu harga spot?

Harga pasaran semasa suatu aset dipanggil harga spot. Itulah harga aset yang didagangkan di bursa, tertakluk kepada pembayaran dan penghantaran segera. Harga ini sering digunakan sebagai indikator situasi di pasaran. Harga spot dikemas kini dalam masa nyata dan berubah apabila pesanan dipadankan.

Apakah aset yang didagangkan di pasaran spot?

Pelbagai instrumen kewangan tersedia untuk didagangkan di pasaran saham, bon, bil perbendaharaan, matawang dan komoditi. Pasaran pertukaran matawang asing adalah yang terbesar di dunia, dan matawang asing adalah aset yang paling aktif didagangkan di pasaran spot. Komoditi seperti tenaga, logam, pertanian, dan ternakan juga mendapat permintaan. Di kalangan komoditi, minyak mentah adalah yang paling aktif didagangkan.

Ciri-ciri pasaran spot

Berikut adalah ciri-ciri khusus yang paling menyerlah untuk pasaran spot:

Penggunaan harga spot

Dengan pesanan pasaran (market order) di bursa pasaran spot, anda boleh membeli atau menjual aset pada harga spot yang terbaik yang tersedia. Walau bagaimanapun, sentiasa wujud risiko bahawa harga pasaran akan berubah ketika pesanan dilaksanakan. Harga spot dikemas kini dalam masa nyata dan berubah apabila pesanan dipadankan.

Terma penghantaran aset

Bergantung pada aset, penghantaran sama ada segera atau dalam masa T+2 hari. T+2 bermaksud tarikh semasa ditambah dua hari bekerja.

Terma pemindahan dana

Dana dipindahkan serta-merta atau juga dalam masa T+2 hari.

Jenis-jenis pasaran spot

Perdagangan spot tidak terhad kepada mana-mana lokasi tertentu. Setiap pasaran spot mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Walaupun kebanyakan orang terlibat dalam perdagangan spot di bursa, seseorang juga boleh berdagang secara langsung dengan pedagang lain tanpa penglibatan pihak ketiga. Jual beli yang sedemikian dikenali sebagai urusniaga over-the-counter.

Over the Counter (OTC)

Apabila instrumen kewangan didagangkan secara langsung antara pembeli dan penjual, perdagangan sedemikian dipanggil over-the-counter (OTC). Harga aset adalah tetap, dan anda membayar amaun yang tetap kepada pihak satu lagi. Ciri khas pasaran spot adalah bahawa tiada kredit atau margin digunakan untuk perdagangan; semua orang berdagang hanya dengan dana yang mereka ada pada masa tersebut.

Bursa pasaran

Bursa pasaran spot mengawal selia perdagangan aset, bertindak sebagai perantara antara dealers dan pedagang.

Tanggungjawab bursa pasaran spot yang sebegitu terpusat termasuk memastikan transaksi tanpa gangguan, pematuhan undang-undang prosedur pembelian dan penjualan, mengawal selia harga, serta memastikan ekonomi penuh (full economy) dan sebarang keselamatan lain untuk pelanggan mereka semasa bertransaksi.

Bursa pasaran spot beroperasi dalam talian sepanjang masa, membolehkan pengguna dan pedagang membuat transaksi pada bila-bila masa dan mendapatkan aset mereka dengan lebih cepat berbanding dengan perdagangan OTC.

Bursa Saham New York (NYSE) adalah contoh utama bursa pasaran spot untuk membeli dan menjual saham.

Pasaran spot: contoh

Pasaran spot termasuk kedua-dua pasaran komoditi, di mana bahan mentah didagangkan untuk wang tunai, dan pasaran matawang, di mana mata wang asas ditukar secara fizikal selepas tarikh penyelesaian. Di samping itu, pasaran saham di mana saham didagangkan dalam masa nyata juga boleh dianggap sebagai pasaran spot.

Pro dan kontra pasaran spot

Pasaran spot mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang perlu anda ketahui.

Pro Pasaran Spot

  • Persekitaran perdagangan yang telus. Harga dikawal selia hanya oleh bekalan dan permintaan di pasaran.
  • Peluang untuk mencari peluang berurusniaga yang lebih baik. Cukup mudah untuk masuk dan keluar dari pelbagai urusniaga perdagangan.
  • Aset mudah meruap yang membolehkan anda menjana lebih banyak pendapatan dengan membeli dan menjual.
  • Perdagangan dibuat on-the-spot – anda boleh berdagang dalam masa nyata.
  • Tiada keperluan modal minimum.
  • Keuntungan operasi yang boleh diramalkan.

Kontra Pasaran Spot

  • Kemungkinan berdagang dengan harga yang tinggi. Jika volatiliti aset adalah tinggi, pedagang mungkin tidak mencapai harga yang betul dan mengalami kerugian.
  • Sekiranya anda rugi dalam pelaburan anda, anda bertanggungjawab di atas tindakan anda sendiri.
  • Kekurangan perancangan. Biasanya tiada perancangan dalam urusniaga spot.
  • Impak risiko lalai (default risk) pihak lawan.
  • Risiko dalam perdagangan pertukaran matawang asing.

Kesimpulan

Perdagangan di pasaran spot salah satu cara yang paling biasa untuk berdagang. Walaupun perdagangan di pasaran spot mungkin kelihatan sukar, mengetahui kelebihan, kekurangan, dan strategi yang berpotensi akan membantu anda menghadapinya.

Di samping mengetahui asas-asas, anda harus mempertimbangkan untuk mengkaji analisis teknikal, fundamental, dan trend pasaran.

FBS di media sosial

Hubungi kami

@@@@
store iconstore icon
Dapatkan di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.