• 23 Nov 2023
  • Cara untuk bermula

Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Mula Berdagang Forex

Jika anda ingin menjadi seorang pedagang Forex, dan cuba mengetahui amaun yang terbaik bila mula berdagang Forex, anda telah datang ke tempat yang betul. Dalam artikel ini, kami menerangkan amaun minimum wang yang anda perlukan untuk berdagang matawang.

Berdagang secara percuma dengan akaun demo.

Sebagai permulaan, ingat bahawa terdapat akaun demo yang membolehkan anda berlatih berdagang tanpa melaburkan walau satu dolar pun. Saiz modal dalam akaun demo FBS boleh mencapai sehingga $1 juta. Akaun demo akan membolehkan anda berlatih membuka pesanan dan menentukan saiz posisi.

Jika anda sudah bersedia untuk berdagang menggunakan akaun sebenar dan menjana wang sebenar, anda harus tahu bahawa jumlah wang yang anda perlukan untuk mula berdagang bergantung pada jenis akaun yang anda pilih.

Sebagai contoh, untuk berdagang dengan akaun perdagangan sebenar, anda mesti mendepositkan sekurang-kurangnya $5. Setelah itu, anda boleh membuka pesanan, volum bermula dari 0.01 lot, dan anda akan menikmati leveraj yang luar biasa.

Deposit anda menentukan saiz urusniaga anda

Saiz urusniaga minimum dengan FBS ialah 0.01 lot. Lot adalah saiz kontrak yang standard dalam pasaran matawang. Ia bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas (base currency), jadi 0.01 lot mewakili 1000 unit matawang asas. Jika anda membeli 0.01 lot EURUSD dan leveraj anda ialah 1:1000, anda memerlukan $1 sebagai margin untuk urusniaga tersebut. Jika anda mendepositkan $5 ke dalam akaun standard, deposit anda akan menampung margin ini, dan anda boleh membuka empat lagi urusniaga sebesar ini.

Mari kita pertimbangkan beberapa pilihan yang baik untuk pedagang pemula. Contoh-contoh yang kami bawa di sini adalah selamat dari sudut pengurusan risiko.

Berapa banyak wang yang boleh anda hasilkan dengan $100 di Forex?

Berdagang dengan hanya $100 mungkin kelihatan mustahil. Risiko untuk satu urusniaga harus kurang dari 5%, tidak kira berapa besar deposit anda. Mari kita pertimbangkan risiko 3% ($3). Jika anda berdagang 0.01 lot, anda boleh memasang Renti Rugi (Stop Loss) dengan jarak sehingga 300 poin – lebih daripada cukup untuk posisi intrahari. Nisbah risiko/ganjaran yang disyorkan ialah ⅓, jadi potensi keuntungan untuk urusniaga ini adalah 900 poin ($9).

Berapa banyak wang yang boleh anda hasilkan dengan $500 di Forex?

Mari kita pertimbangkan situasi bilamana anda berdagang dengan 500 dolar. Dengan risiko 3% ($15), saiz urusniaga anda adalah 0.15 lot. Dalam kes ini, setiap poin keuntungan/kerugian akan menyumbang $0.15. Dengan saiz posisi yang lebih signifikan, anda akan dapat menjana pendapatan dengan lebih cepat. Akan ada 100 poin untuk renti rugi. Jika anda memerlukan renti rugi yang lebih jauh, anda boleh dagangkan 0.1 lot, menjadikan setiap poin bernilai $0.1. Renti rugi boleh diletakkan dengan jarak 150 poin. Dengan risiko 5% ($25), anda boleh mempunyai SL (renti rugi) sejauh 250 poin. Keuntungan dalam kes itu (jika ambilan untung atau take profit anda tiga kali lebih jauh) akan bernilai $75.

Berapa banyak wang yang boleh anda hasilkan dengan $1000 di Forex?

Jika anda berdagang dengan $1000, anda boleh membuka urusniaga yang lebih besar. Mari kita cari saiz risiko yang optimum untuk perdagangan Forex dengan $1000. Risiko 3% untuk suatu urusniaga ($30) dan leveraj 1:1000 akan membolehkan anda berdagang 0.3 lot dengan renti rugi 100 mata. Risiko 10% ($100) akan membolehkan anda untuk berdagang satu lot. Dalam kes ini, keuntungan 300 poin akan menyumbang keuntungan sebanyak $300. Risiko optimum $30 untuk satu urusniaga akan membolehkan anda berdagang 0.1 lot dengan SL 300 poin. Potensi pertumbuhan adalah $90.

Bergantung pada peratusan daripada akaun anda yang anda ingin peruntukkan untuk suatu urusniaga, mungkin terdapat kombinasi yang berbeza dan saiz renti rugi yang anda perlukan untuk urusniaga anda juga mungkin berbeza. Untuk keselamatan akaun anda, anda disyorkan untuk memastikan risiko setiap urusniaga (dikira sebagai % daripada akaun anda) pada tahap yang lebih kurang sama. Anda menggandakan keuntungan anda dalam satu urusniaga dengan memilih saiz deposit yang lebih besar.

01.png

Satu lagi perkara penting yang perlu diingat ialah margin call (panggilan margin) dan stop out. Panggilan margin adalah tahap margin yang dibenarkan iaitu sebanyak 40% atau lebih rendah. Pada ketika ini, syarikat berhak tetapi tidak bertanggungjawab untuk menutup semua posisi aktif (open positions) pelanggan lantaran kekurangan margin bebas (free margin). Stop out adalah tahap margin minimum yang dibenarkan (20% dan lebih rendah) di mana program perdagangan akan menutup posisi aktif pelanggan satu demi satu untuk mengelakkan kerugian selanjutnya yang membawa kepada baki negatif (kurang dari $0).

Kedua-dua margin call dan stop out adalah penting untuk anda sebagai pedagang kerana ia memastikan risiko anda sentiasa terbatas. FBS menyediakan perlindungan baki negatif untuk memastikan bahawa anda tidak akan berhutang dengan syarikat.

Jika anda mematuhi peraturan pengurusan risiko dan tidak merisikokan keseluruhan deposit anda ke dalam aksi perdagangan sekaligus, anda akan selamat daripada margin call dan stop out.

Modal yang anda perlukan untuk berdagang

Seperti yang anda lihat, saiz minimum urusniaga Forex ialah $5. Selebihnya terpulang kepada anda. Anggarkan pengetahuan dan pengalaman anda, dan juga fikirkan tentang matlamat anda. Berapa banyak wang yang anda ingin perolehi? Seberapa kerap anda berdagang? Semakin besar deposit, semakin besar saiz posisi, dan semakin banyak yang anda peroleh daripada satu urusniaga. Semua itu perlu dipertimbangkan dengan mengambil kira risiko.

Sila pastikan bahawa anda hanya menggunakan wang lebihan anda untuk berdagang, bukan wang yang menampung keperluan asas kehidupan anda. Perdagangan menawarkan peluang yang sangat baik untuk meraih keuntungan, tetapi ia berisiko dan kerugian adalah mungkin.

Tips untuk perdagangan Forex dengan saiz urusniaga yang kecil:

Selepas anda membaca nasihat mengenai imbangan deposit/risiko dan memutuskan untuk berdagang, baca tips ini - ia akan membantu anda berjaya. Tips ini berguna bagi mereka yang ingin bermula dalam perdagangan dengan saiz urusniaga yang kecil.

  1. Pengurusan risiko yang baik adalah satu kemestian. Sentiasa gunakan pesanan renti rugi dan ambilan untung untuk mengawal kesudahan perdagangan anda. Ingat bahawa peratusan risiko yang disyorkan untuk pemula adalah 3% daripada akaun anda bagi mana-mana satu urusniaga.

  2. Memastikan nisbah risiko/ganjaran adalah sesuai. Pastikan potensi ganjaran bagi urusniaga anda sekurang-kurangnya sama dengan atau lebih besar daripada potensi risiko. Menyasarkan nisbah risiko/ganjaran 1:3 atau lebih tinggi adalah satu pegangan yang baik

  3. Mempunyai jangkaan pendapatan yang realistik. Kemungkinannya besar, anda tidak akan menjadi kaya dalam sekelip mata. Cuba fokus untuk meraih keuntungan secara konsisten dalam jangka masa panjang;

  4. Elakkan panggilan margin. Jika anda menggunakan leveraj, berhati-hatilah untuk tidak melampaui batas. Pastikan anda mempunyai margin yang mencukupi untuk menampung urusniaga anda dan mengelakkan panggilan margin.

  5. Cuba akaun Demo. Melatih kemahiran perdagangan anda dengan akaun Demo yang meniru persekitaran pasaran sebenar sebelum mempertaruhkan wang sebenar adalah amalan yang bagus dan disyorkan. Ini akan membantu anda memahami pasaran dan mengembangkan kemahiran anda.

  6. Teruskan belajar. Pasaran Forex sentiasa berubah, jadi sentiasa mengikuti berita dan trend terkini adalah penting. FBS membantu anda melakukannya dengan Buku Panduan dan artikel-artikel pendidikan di laman webnya.

  7. Pilih broker yang boleh anda percayai. Cari broker yang dikawal selia dan mempunyai reputasi yang baik dalam industri. Elakkan broker dengan fi/caj yang tinggi atau perkhidmatan pelanggan yang lemah.

Dengan mengikuti tips ini, anda boleh memperkayakan pendekatan anda dalam perdagangan walaupun dengan saiz urusniaga yang kecil. Jangan lupa untuk kekal berdisiplin dan bersabar, dan jangan sekali-kali mengambil risiko lebih daripada yang anda mampu untuk lihat rugi.

Strategi untuk pedagang dengan saiz urusniaga yang kecil

Mempunyai pemahaman yang betul tentang tindakan anda di pasaran adalah perlu, terutamanya apabila saiz urusniaga anda kecil-kecil belaka. Di bawah, kami bentangkan peraturan-peraturan untuk strategi berdagang dengan saiz urusniaga yang kecil.

Dalam langkah pertama anda, tentukan berapa banyak masa yang anda boleh dedikasikan untuk berdagang. Ingat bahawa waktu perdagangan yang paling sibuk biasanya adalah pada pertindihan dua sesi. Sebagai contoh, anda boleh mempertimbangkan pertindihan antara sesi perdagangan London dan New York.

Kedua, anda perlu memilih rangka masa yang akan anda ikuti semasa berdagang. Kami mengesyorkan anda memilih tiga rangka masa untuk diberikan fokus sepanjang hari, seperti D1, H4, dan H1. Pada rangka masa tertinggi, anda menyemak trend umum. Pada H4, anda menyemak setup dan menunggu untuk membuat entri pada H1. Anda disyorkan untuk tidak mengekalkan posisi anda selama lebih daripada satu hari jika anda memutuskan untuk berdagang dengan saiz urusniaga yang kecil kerana urusniaga anda akan terdedah kepada swap.

Dalam langkah ketiga, tidak kira apa jua saiz akaun anda, anda mesti mengekalkan risiko anda sebanyak 3%. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ini adalah saiz risiko yang optimum. Juga, ingat nisbah risiko/ganjaran anda (1/3 adalah disyorkan).

Dalam langkah keempat, tentukan apakah alat-alat teknikal yang anda perlu gunakan. Ini mungkin garisan trend, aras sokongan dan rintangan, dan indikator teknikal. Anda juga boleh berdagang tanpa mereka jika anda sudah biasa dengan teknik aksi harga.

Akhir sekali, pastikan anda mempunyai syarat-syarat yang jelas untuk menutup urusniaga (keluar dari posisi). Ini antaranya seperti mencapai tahap keuntungan tertentu atau mencapai aras renti rugi yang telah ditetapkan. Dengan mempunyai rancangan yang jelas untuk menutup urusniaga, anda boleh membantu mengurangkan impak emosi dan berpegang pada strategi perdagangan anda.

BERDAGANG SEKARANG

Kongsi kepada rakan-rakan: